Carian Kursus

[ WZA0007 ] Pengukuhan Pasukan [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pengukuhan Pasukan merupakan kursus yang direka bentuk untuk:-

  1. Meningkatkan tahap kepercayaan dan saling hormat menghormati sesama ahli pasukan apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan;
  2. Memupuk kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara berpasukan apabila berada dalam keadaan yang sukar; dan
  3. Menyediakan penjawat awam dengan kemahiran, keyakinan dan keupayaan daya saing serta memantapkan jati diri peserta agar lebih bersiap siaga dalam menghadapi tekanan dan dugaan dalam tugas serta tanggungjawab yang digalas.

Bagi pelaksanaan kursus pengukuhan pasukan, semua peserta yang terpilih untuk menyertai kursus ini adalah DIWAJIBKAN untuk menginap di asrama penginapan INTAN Kampus WIlayah Sarawak. 

Kursus Pengukuhan Pasukan pada 22-25 Ogos 2022 telah disertai oleh para pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Objektif Kursus
  1. Mengenalpasti konsep peringkat pembentukan kumpulan atau Group Development Stages oleh Bruce Tuckman dengan tepat di dalam pembangunan jabatan/organisasi;
  2. Menerangkan kepentingan komunikasi lisan dan bukan lisan yang berkesan bagi mengelakkan konflik di jabatan/organisasi
  3. Mengenal pasti kepentingan budaya kerja berpasukan sebagai satu elemen penting dalam pengurusan organisasi.
Syarat Tambahan

Penganjuran kursus ini melibatkan banyak pergerakan dan aktiviti fizikal. Oleh itu, peserta wanita yang mengandung dan mana-mana peserta yang mempunyai masalah kesihatan tidak digalakkan untuk menyertai aktiviti ini. Para peserta turut digalakkan untuk mempunyai insuran bagi melindungi diri ketika menyertai program ini.

Oleh kerana kursus ini banyak melakukan aktiviti-aktiviti fizikal, maka para peserta akan menggunakan pakaian sukan sepanjang masa. Sehubungan itu, mohon para peserta untuk menyediakan secukupnya pakaian sukan, kasut sukan dan keperluan ubat-ubatan peribadi.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 17/10/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: BREAKING THE SILO
SESI 2 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: PRA KUMPULAN
Hari Ke-2 | 18/10/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MEMBINA KUMPULAN & IDENTITI KUMPULAN
: MEMBINA KUMPULAN & IDENTITI KUMPULAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: KREATIVITI DAN INOVASI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: NILAI, ETHOS DAN INTEGRITI
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: PRA KUMPULAN (PEMBENTANGAN)
: KOLOBRASI, KREATIVITI DAN KOMUNIKASI
Hari Ke-3 | 19/10/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KEMBARA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: KEMBARA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KEMBARA
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: PENYELESAIAN MASALAH DAN PERSAINGAN
Hari Ke-4 | 20/10/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENYATUAN DAN RUMUSAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PERSEDIAAN MAJLIS PENUTUPAN
: MAJLIS PENUTUPAN