Carian Kursus

[ KAA0022 ] Kursus ISO 9001:2015 Audit Dalaman [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Audit Dalaman ini akan memberi pemahaman yang mendalam mengenai perubahan Standard ISO 9001: 2008 kepada ISO 9001: 2015 dan bagaimana untuk menjalankan audit dalaman berdasarkan ISO 9001: 2015. Kursus juga menyentuh tentang keperluan menjalankan audit berdasarkan ISO 9001: 2015.

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan struktur baru dan keperluan audit dalaman berdasarkan ISO 9001: 2015
  2. Memahami tujuan, skop dan kandungan sistem pengurusan kualiti dan kegunaannya di dalam melaksanakan audit dalaman berdasarkan ISO 9001: 2015
  3. Melakukan tindakan pembetulan terhadap ketidakpatuhan sistem kualiti yang ditemui
Syarat Tambahan

Untuk makluman, selaras dengan arahan terkini berkaitan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR), Kursus Pemahaman dan Pelaksanaan MS ISO 9001:2015 ini akan dijalankan secara dalam talian (online).

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/07/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada Audit Dalaman
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Semakan kefahaman ISO 9001:2015
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Perancangan Audit dan Penyediaan Senarai Semak
Hari Ke-2 | 22/07/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pelaksanaan Audit
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Latihan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pelaporan Audit dan Latihan