Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.
Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.
PTM dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari meliputi tiga (3) segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama.
Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:
(a) pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan
(b) pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum.
Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat:
(a) pegawai telah hadir dengan jaya PTM; atau
(b) hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau
(c) lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.
1. Setiap peserta perlu membuka akaun masing-masing dalam portal dtims (dtims.intan.my) dan memohon dalam talian untuk menyertai kursus ini.
2. Kursus ini akan diadakan secara dalam talian (via zoom) dan tidak melibatkan sebarang bayaran (percuma).
3. Semua peserta dikehendaki untuk sentiasa berada dalam keadaan siap siaga semasa kursus dan tidak menutup webcam sepanjang tempoh kursus berjalan.
4. Peserta dikehendaki menyertai pautan zoom https:zoom.us/j/92902418107?pwd=ejB4ODBON3MvRVJxcTJ0SUhlQUdUZz09
5. Pautan zoom tersebut tidak harus dikongsi dengan peserta/pihak lain.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | TAKLIMAT PERATURAN KURSUS | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | SISTEM PENTADBIRAN NEGARA | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | OVERVIEW PERKHIDMATAN AWAM |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | INTEGRASI KUMPULAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PERANAN & TANGGUNGJAWAB PENJAWAT AWAM | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | TATAKELAKUAN & TATATERTIB PENJAWAT AWAM |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | KETRAMPILAN DIRI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PENGURUSAN INTEGRITI | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PENGURUSAN KESELAMATAN |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PEMIKIRAN KRITIS & INOVATIF | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PENGURUSAN PELANGGAN | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PENGURUSAN ADUAN |