Carian Kursus

[ WZA0002 ] Pengucapan Awam [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Bagi memastikan maklumat dan informasi berkenaan dengan dasar-dasar kerajaan dapat disalurkan serta disampaikan dengan berkesan kepada orang awam, maka penjawat awam haruslah mempunyai kebolehan dan keyakinan diri yang tinggi dalam berucap dihadapan orang ramai.  Justeru itu, INTAN Kampus Sarawak telah menganjurkan Kursus Pengucapan Awam bermula pada tahun 2007.

Objektif Kursus
  1. Menyediakan platform kepada penjawat awam untuk berlatih berucap dengan penuh keyakinan di hadapan orang ramai.
  2. Untuk memberi panduan kepada peserta mengenai perancangan dan persembahan pengucapan awam yang betul berdasarkan elemen-elemen yang telah diterangkan ketika berucap di jabatan/agensi atau kementerian.
  3. Untuk memberi panduan berkaitan cara-cara yang berkesan untuk mengatasi kegugupan atau perasaan gementar sebelum dan semasa berucap di hadapan orang ramai.
Modul/Topik
Hari Pertama | 08/02/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Pentadbiran Kursus.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengenalan dan Jenis-Jenis Pengucapan Awam.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Elemen-Elemen Dalam Pengucapan Awam.
Hari Ke-2 | 09/02/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Mengurus Gementar atau Gugup.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Peta Perjalanan Pembentang.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan, Penutup dan Penilaian Kursus.