Carian Kursus

[ BZA0013 ] Bengkel Pengurusan Buku Perkhidmatan Kerajaan [ Siri 2/2026 ]

Sinopsis Kursus

Bengkel Pengurusan Buku Perkhidmatan Kerajaan ialah bengkel komprehensif khusus untuk pegawai sumber manusia yang menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan.

Bengkel ini dilaksanakan khusus untuk pegawai sumber manusia yang menguruskan buku perkhidmatan kerajaan agar maklumat yang direkodkan lebih teratur, lengkap dan terkini.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan tanggungjawab Ketua Jabatan, dasar-dasar umum dalam pengurusan buku rekod perkhidmatan dan penyata perubahan;
  2. Menulis dengan betul dan tepat teknik-teknik penulisan buku rekod perkhidmatan dan penyata perubahan;
  3. Mengaplikasikan kemahiran dalam pengurusan rekod perkhidmatan yang efektif.
  4. Menerangkan tanggungjawab Ketua Jabatan, dasar-dasar umum dalam pengurusan buku rekod perkhidmatan dan penyata perubahan;
  5. Menulis dengan betul dan tepat teknik-teknik penulisan buku rekod perkhidmatan dan penyata perubahan;
  6. Mengaplikasikan kemahiran dalam pengurusan rekod perkhidmatan yang efektif.
Syarat Tambahan

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Status Permohonan

Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.

2. Etika Berpakaian

i. Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang  menghadiri kursus.

ii. Semua peserta juga perlu memakai tanda nama yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi, atau Institusi masing-masing.

3. Permohonan Kursus

i. Peserta perlu memuat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Penyelia ke dashboard akaun pengguna peserta di laman DTIMS sebelum hadir berkursus.

ii. Nama peserta akan digugurkan sekiranya gagal membuat bayaran dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan.

4. Pembayaran Yuran Kursus

i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun DTIMS peserta sahaja.

ii. Kaedah pembayaran yuran pendaftaran kursus secara dalam talian hanya menyokong pembayaran melalui FPX sahaja. Kaedah bayaran menggunakan aplikasi seperti TouchNGo eWallet, Boost, MAE atau lain-lain kaedah tidak tersedia.

iii. Peserta wajib membuat pembayaran sebelum kursus dijalankan dan bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.

5. Kewajipan Kehadiran

i. Semua peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus.

ii. Sijil Kursus akan dikeluarkan sekiranya peserta memenuhi 80% kehadiran kelas.

iII. Peserta dikehendaki bebas daripada sebarang aktiviti lain semasa mengikuti kursus.

6. Peserta disarankan membawa

i..Buku Perkhidmatan Kerajaan (AM274) yang kosong untuk tujuan latih amal (sekiranya ada yang tidak digunakan di pejabat)

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 18/08/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Buku Perkhidmatan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kaedah Merekod : Kenyataan Peribadi & Kenyataan Perkhidmatan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal Merekod Kenyataan Peribadi & Kenyataan Perkhidmatan
Hari Ke-2 | 19/08/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan dan Penyediaan Penyata Perubahan (Kew.8)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kaedah Merekod : Kenyataan Cuti & Lembaran Kelakuan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal Merekod Kenyataan Semakan Rekod Buku Perkhidmatan Kerajaan / Cuti & Lembaran Kelakuan
Hari Ke-3 | 20/08/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal Buku Perkhidmatan Kerajaan / Pembentangan Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembentangan Kumpulan, Penilaian, Rumusan dan Penutup