Carian Kursus

[ KCA0029 ] Kursus Persembahan Slaid Efektif dan Berimpak Tinggi [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Persembahan slaid yang efektif dan berimpak tinggi bukan sahaja untuk memastikan penyampaian mesej yang berkesan, tetapi juga untuk memenuhi keperluan, kehendak dan harapan audiens. Dengan menitikberatkan kepada reka bentuk yang profesional, kandungan yang relevan dan kaedah penyampaian yang mantap.  Persembahan slaid yang efektif sebenarnya menjadi alat yang berharga di dalam komunikasi dan pembelajaran dalam pelbagai konteks profesional dan akademik.

Kursus ini dirancang untuk memberikan peserta kemahiran dan pengetahuan dalam mencipta persembahan slaid yang tidak hanya estetik tetapi juga berkesan dalam menyampaikan mesej dengan jelas, kreatif dan berkesan. Dengan menitikberatkan pada aspek reka bentuk, penyampaian dan visualisasi data, peserta akan didedahkan mengenai tips dan tricks untuk menghasilkan persembahan yang memukau dan memberi impak yang tinggi kepada audiens.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan kaedah penghasilan slaid yang baik mengikut panduan yang disediakan; dan
  2. Mengenal pasti kesalahan yang biasa dilakukan semasa menghasilkan slaid persembahan dengan pantas.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Peserta perlu mendapatkan kebenaran dan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

  2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran melebihi 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

  3. Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Utama Bukit Kiara, Kuala Lumpur sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.

  4. Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus melalui link yang diberikan. Mohon ambil maklum bahawa link tersebut ada dinyatakan dalam Surat Tawaran Kursus.

  5. Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod MUTE sekiranya tidak digunakan.

  6. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.

  7. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.

  8. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.

  9. Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 29/04/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Slaid Persembahan... Suatu Penyiasatan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penyediaan Slaid Persembahan... Suatu Penyiasatan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Slaid Persembahan Redesign and Facelift
Hari Ke-2 | 30/04/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Slaid Persembahan Redesign and Facelift
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Makmal Penyediaan Slaid/Penilaian Sumatif
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penilaian Sumatif/Rumusan/Penilaian Kursus