Carian Kursus

[ KFA0006 ] Kursus Pengurusan Aset Alih [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan berkaitan pengurusan aset alih Kerajaan. Sepanjang 3 hari berkursus, para peserta akan didedahkan dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang betul dan baik selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan bagi memastikan aset Kerajaan dapat diurus dengan lebih bersistematik.  Kursus ini turut bertujuan untuk memastikan aset alih kerajaan dapat diurus mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. 

Objektif Kursus
  1. i. Menerangkan prinsip-prinsip asas dan kaedah pengurusan aset alih kerajaan yang berkesan sebagaimana ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan;
  2. ii. Mengaplikasikan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dengan lebih sistematik, cekap dan teratur; dan
  3. iii. Mengklasifikasikan kepentingan pengurusan aset alih kerajaan dalam meningkatkan integriti dan tanggungjawab penjawat awam
Syarat Tambahan
  • Peserta tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Bukit Kiara sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam;
  • Kelulusan Ketua Jabatan diperolehi oleh peserta semasa borang pengesahan kehadiran DTIMS dimuat naik;
  • Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang kursus;
  • Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan;
  • Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan;
  • Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. 
  • Mengemukakan soalan dan maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window;
  • Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi chat window. Beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat;
  • Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa mengikuti kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window;
  • Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus;
  • Muat turun e-sijil, nota dan pelbagai rujukan lain boleh dibuat selepas penilaian program diselesaikan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 15/02/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penerimaan & Pendaftaran Aset
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penggunaan, Penyimpanan, Pemeriksaan Aset
Hari Ke-2 | 16/02/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyelenggaraan Aset
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pindahan Aset
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pelupusan Aset
Hari Ke-3 | 17/02/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pelupusan Aset
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kehilangan & Hapuskira