Carian Kursus

[ EAA0103 ] KURSUS PENGURUSAN PROGRAM KAWALAN BIOSEKURITI LADANG TERNAKAN (UPSKILIING-PP) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah anjuran Institut Veterinar Malaysia adalah terbuka kepada pegawai pengembangan DVS yang berumur 18 tahun ke atas dan masih berkhidmat bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan pengurusan program kawalan biosekuriti ladang ternakan.

Objektif Kursus
  1. Mengetahui kepentingan pengurusan program kawalan biosekuriti ladang ternakan
  2. Mengetahui prosedur bagi perlaksanaan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan program kawalan biosekuriti ladang ternakan
  3. Mendapat kemahiran dalam aktiviti-aktiviti dalam pengurusan program kawalan biosekuriti ladang ternakan
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus ini perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Yuran kursus adalah percuma.
  2. Kursus ini hanya dibuka untuk 25 peserta yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
  3. Penginapan sepanjang kursus tidak disediakan dan semua peserta perlu mengatur penginapan masing-masing.
  4. Makan dan minum sepanjang kursus adalah disediakan kecuali makan malam (Sarapan pagi, Minum Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang)
  5. Peserta perlu hadir ke kelas sekurang-kurangnya 10 minit sebelum program bermula
  6. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi bersama penceramah dan dengan peserta lain.
  7. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui group whatsapp kursus.
  8. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my dan juga SPLV 2.0 KPKM bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 19/03/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: AMALI Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Infrastruktur Biosekuriti- Pagar Perimeter dan pagar padok
Hari Ke-2 | 18/06/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Prosedur Program Kawalan Biosekuriti di Ladang Ternakan (Ruminan Baka Pedaging, Tenusu, Rusa dan Kuda) (Sambungan)
Hari Ke-3 | 18/08/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Overview Implementasi Program Kawalan Biosekuriti di Ladang Ternakan
: Komponen/Sumber/ Infrastruktur/ Bahan di dalam Program Kawalan Biosekuriti Ladang Ternakan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Prosedur Program Kawalan Biosekuriti di Ladang Ternakan (Ruminan Baka Pedaging, Tenusu, Rusa dan Kuda)
Hari Ke-4 | 19/08/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pemeriksaan dan Prosedur dan S.O.P Penyelenggaraan Infrastruktur Biosekuriti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Keperluan Pagar Parameter ,Pagar Perimeteri Padok dan Penyelenggaraan Infrastruktur Biosekuriti
Hari Ke-5 | 20/08/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Infrastruktur Biosekuriti- Kawalan Makhluk Perosak
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: (AMALI) Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Infrastruktur Biosekuriti- Vehicle Dip ,Foot Dip, Kawalan Makhluk Perosak
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penilaian Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Program Kawalan Biosekuriti IVM