Carian Kursus

[ FZA0009 ] Kursus Penyediaan Spesifikasi dan Skema Pemarkahan Sebut Harga/Tender [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini direka bentuk bagi membantu pegawai yang dilantik sebagai Pengerusi/Ahli/Setiausaha Jawatankuasa (JK) Spesifikasi menyediakan spesifikasi dan skema pemarkahan bagi perolehan bekalan/perkhidmatan mengikut panduan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan dan Sistem ePerolehan. Mulai Januari 2018, spesifikasi perolehan dan proses penilaian keupayaan penyebut harga/petender perlu dilaksanakan dan dikunci masuk (key in) dalam Sistem ePerolehan (eP). Oleh itu, kursus ini diharap dapat membantu JK Spesifikasi mendapat gambaran yang jelas mengenai peranan, tugas JK Spesifikasi dan familiar dengan templat dan paparan dalam Sistem eP.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi berdasarkan PK 5.1: Perolehan Secara Elektronik;
  2. Memilih senarai semak teknikal dan kewangan yang bersesuaian dengan jenis perolehan yang dilaksanakan; dan
  3. Menulis skema pemarkahan penilaian teknikal dan kewangan yang bersesuaian untuk panduan Jawatankuasa Penilaian.
Syarat Tambahan

Terma & Syarat

  • Kursus ini terbuka kepada pegawai/kakitangan yang dilantik sebagai Pengerusi/Ahli Jawatankuasa Spesifikasi bagi perolehan bekalan/perkhidmatan bukan perunding.
  • Hanya individu yang telah lengkap menerima vaksin sahaja dibenarkan mengikuti kursus ini.
  • Individu yang belum divaksin perlu menjalani pre-event test menggunakan kit ujian kendiri (saliva) disaksikan oleh penganjur. Sila bawa bersama kit ujian tersebut.

Maklumat  Tambahan

  • Berpakaian kemas dan sopan.
  • Bersedia di kelas sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sesi bermula.
  • Kehadiran penuh 100%.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan (individu/berkumpulan).
  • Berhubung dengan pegawai penyelaras kursus sekiranya berlaku kecemasan.
  • Pelaksanaan kursus ini tidak melibatkan hands-on sistem eP. Walau bagaimanapun, templat dan paparan dalam eP dikongsikan pada setiap sesi PdP.
     
Modul/Topik
Hari Pertama | 26/01/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada Perolehan dan Tugas Jawatankuasa Spesifikasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Dari Meja Urus Setia Perolehan (Lesson Learnt)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan Spesifikasi, Senarai Semak dan Skor Teknikal
Hari Ke-2 | 27/01/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penentuan Harga Indikatif, Varian, Senarai Semak dan Skor Kewangan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Skor Keseluruhan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penilaian Keupayaan Kewangan