Carian Kursus

[ ICB0034 ] INTEGRASI TEKNOLOGI AI DALAM PENDIDIKAN 2.0 [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

Dalam era pendidikan digital masa kini, kecerdasan buatan (AI) memainkan peranan penting dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21. Seiring dengan transformasi digital dalam Kementerian Komunikasi, IPPTAR telah menganjur pelbagai kursus kemahiran AI yang melibatkan pelbagai kategori peserta sama ada dalam kalangan pengamal media, pengurusan pentadbiran, awam dan kepelbagaian keperluan mengikut  kementerian. 

Seperti tahun 2024, IPPTAR melanjutkan kerjasama dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 2025.  IPPTAR merancang mengadakan Kursus Lanjutan mengikut keperluan semasa di bawah tajuk Integrasi AI dalam Bidang Pendidikan 2.0 (lanjutan) dengan tema: Penyelidikan dan Inovasi. Usaha ini adalah selaras dengan langkah memperkasakan warga pendidik tentang AI dan penggunaan AI secara beretika dan berkesan. Kursus ini memberikan pendedahan intensif dan amali tentang bagaimana AI, khususnya ChatGPT dan Google Gemini, boleh dimanfaatkan dalam penyediaan bahan pengajaran, perancangan kuliah, penilaian pelajar serta sokongan penyelidikan akademik.

 

Objektif Kursus
  1. i. Memahami asas teknologi AI generative dan potensinya dalam bidang Pendidikan.
  2. ii. Menggunakan ChatGPT dan Gemini untuk perancangan pengajaran, penciptaan kandungan dan penilaian.
  3. iii. Membina alat bantu mengajar multimedia berasaskan AI.
  4. iv. Mengintegrasikan AI dalam kerja penyelidikan akademik secara beretika dan efisen
  5. v. Menyediakan peserta dengan kemahiran mencipta projek inovatif pendidikan menggunakan AI.
Modul/Topik
Hari Pertama | 01/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: FOUNDATIONS OF GENERATIVE AI FOR EDUCATORS Icebreaking & Introduction to Generative AI (ChatGPT, Gemini, Claude, etc.) Prompt Engineering Basics : What Makes an Effective Prompt?
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Understanding Multimodal Capabilities of Gemini vs ChatGPT
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Ethics, Bias & The Role of Educators in Responsible AI Use
Hari Ke-2 | 02/07/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TEACHING INNOVATION USING CHATGPT & GEMINI Designing Lessons with ChatGPT & Gemini (Text, Quiz, Case Study) AI as a Co-teacher: Simulations, Role-play & Classroom Scripts
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Gemini in the Google Ecosystem: Slides, Docs, Search Enhancements
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Group Activity: Create and Share an AI-Powered Lesson Plan
Hari Ke-3 | 03/07/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: RESEARCH & ASSESSMENT WITH AI TOOLS Literature Review & Summarisation with Gemini and ChatGPT AI for Rubrics, Feedback, and Marking Assistance
: APPLIED AI PROJECTS & INTEGRATION Designing Multimedia Teaching Aids (Visuals, Videos via AI tools) ChatGPT + Canva + Gemini: Seamless Content Creation
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: AI Citation Management and Research Workflow Tools
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Workshop: Using AI to Co-author an Abstract or Proposal
Hari Ke-4 | 04/07/2025 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Showcase: Present Your AI-Integrated Teaching Innovation
SESI 2 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Reflection, Feedback, and Planning for Sustainable AI Adoption