Carian Kursus

[ KNA0014 ] Kursus Penyeliaan Berkesan (Pengurusan & Profesional) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman dan kemahiran penyeliaan dan kepimpinan para peserta.

Peserta juga akan berpeluang menilai isu dan cabaran bersifat kontemporari yang dihadapi oleh seorang penyelia dan seterusnya mengenalpasti cara-cara untuk mengatasinya. 

 

Objektif Kursus
  1. Memahami hubungkait dan perbezaan di antara Pengurusan, Kepimpinan dan Penyeliaan
  2. Memahami Teori dan Strategi Pengurusan, Kepimpinan dan Penyeliaan
  3. Mengenalpasti gaya kepimpinan dan penyeliaan yang dapat diadaptasikan ke dalam Perkhidmatan Awam
  4. Memahami isu dan cabaran kontemporari yang sering dihadapi oleh seorang penyelia dan seterusnya mengenalpasti cara-cara bagi mengatasinya
Syarat Tambahan

1. Keutamaan diberikan kepada peserta yang berperanan sebagai penyelia di Jabatan/Agensi.

2. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.

3. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan untuk melayakkan bagi mendapat sijil kehadiran kursus.

4. Tempat penginapan adalah tidak disediakan

5. Yuran pendaftaran sebanyak RM30 perlulah dibayar oleh peserta kursus secara dalam talian (onlinesepenuhnya melalui portal DTIMS (Dashboard Pengguna). Resit rasmi akan dikeluarkan melalui sistem setelah pembayaran selesai dilakukan dan para peserta boleh membuat tuntutan semula daripada Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi masing-masing. Semua bayaran yang telah dibuat dan resit telah dikeluarkan, tiada pulangan balik (refund) yang dibenarkan.

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada peserta pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 19/08/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Penyeliaan Berkesan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Teori dan Strategi Pengurusan Penyeliaan LAP
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyeliaan dalam Perkhidmatan Awam
Hari Ke-2 | 20/08/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Prinsip - Prinsip Dalam Organisasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: KOMUNIKASI BERKESAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Isu dan Cabaran Penyeliaan Kontemporari
Hari Ke-3 | 21/08/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi Refleksi : Kajian Kes
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penilaian dan Penutupan Kursus