Carian Kursus

[ SZA0013 ] Program Transformasi Minda [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi  membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam
  2. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam
  3. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan
  4. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju
Syarat Tambahan
  • 1. Status Permohonan

    i. Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.

    ii. Peserta tidak dibenarkan untuk menarik diri setelah bersetuju menerima tawaran kursus.

    2. Etika Berpakaian

    i. Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan IKWAS dan semasa berada di Dewan Makan Anjung Selera. Pemakaian berikut adalah TIDAK DIBENARKAN:  Jubah / Jeans / Seluar Pendek / Kain Pelikat / Selipar / T-shirt Leher Bulat/ Pakaian uniform pejabat.
    ii. Semua peserta juga perlu memakai tanda nama yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi, atau Institusi masing-masing.

    3. Permohonan Kursus

    i. Program Transformasi Minda (PTM) ini terbuka kepada penjawat awam lantikan baharu yang bertugas bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan sahaja.

    ii. Peserta perlu memuat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Penyelia ke dashboard akaun pengguna peserta di laman DTIMS sebelum hadir berkursus.

    iii. Nama peserta akan digugurkan sekiranya gagal membuat bayaran dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan.

    4. Pembayaran Yuran Kursus

    i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun DTIMS peserta sahaja.

    ii. Kaedah pembayaran yuran pendaftaran kursus secara dalam talian hanya menyokong pembayaran melalui FPX sahaja. Kaedah bayaran menggunakan aplikasi seperti TouchNGo eWallet, Boost, MAE atau lain-lain kaedah tidak tersedia.

    iii. Peserta wajib membuat pembayaran sebelum kursus dijalankan dan bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.

    iv. Peserta WAJIB membawa surat tawaran dan resit pembayaran semasa HARI PERTAMA pendaftaran kursus.

    5.  Maklumat Kesihatan

    Peserta yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) atau mempunyai isu kesihatan tertentu dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus bermula.

    6. Maklumat Pemakanan

    i. Peserta yang mempunyai keperluan diet khas seperti alergi makanan atau vegetarian (tidak memakan daging) dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus.

    ii. Makan dan minum hanya akan disediakan mulai hari pertama kursus. (Makan malam tidak disediakan pada malam sebelum kursus bermula).

    7. Kewajipan Kehadiran

    i. Program Transformasi Minda (PTM) akan berlangsung selama lima (5) hari secara bersemuka.

    ii. Semua peserta WAJIB hadir pada hari pertama kursus sebelum jam 9.00 pagi.

    iii. Semua peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus.

    iv. Sijil Kursus akan dikeluarkan sekiranya peserta memenuhi 80% kehadiran kelas.

    8. Maklumat Kursus

    Peserta yang terpilih untuk menyertai kursus dikehendaki untuk menyertai kumpulan WhatsApp kursus melalui pautan yang akan diberikan oleh urus setia untuk memudahkan penyampaian maklumat terkini oleh pihak urus setia.

    9. Maklumat Penginapan

    i. Kemudahan penginapan akan disediakan untuk semua peserta dan semua peserta adalah diwajidbkan untuk menginap di IKWAS.

    ii. Para peserta boleh mendaftar masuk ke asrama satu (1) hari sebelum tarikh kursus mulai jam 3.00 petang hingga 8.00 malam di Pejabat Domestik, IKWAS. Sekiranya peserta tidak dapat hadir dalam tempoh masa yang ditetapkan, sila hubungi petugas di kaunter pendaftaran Pejabat Domestik di talian 07-7782402.

    10. Senaman Pagi

    Peserta adalah dikehendaki hadir untuk senaman pagi pada HARI KEDUA kursus dengan berpakaian baju sukan lengkap.

    11. Pergerakan Peserta

    i. Peserta yang keluar dari kawasan IKWAS hendaklah kembali sebelum jam 11.00 malam.

    ii. Ahli keluarga atau individu selain peserta kursus tidak dibenarkan memasuki bangunan asrama.

    iii. Penghantaran makanan GrabFood / FoodPanda dibenarkan sehingga lobi asrama sahaja.

    iv. Peserta hendaklah makan pada waktu yang telah ditetapkan serta mengosongkan Dewan Makan Anjung Selera 10 minit sebelum sesi kelas bermula.

Modul/Topik
Hari Pertama | 20/04/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kampus/Taklimat Program/Taklimat Malaysia MADANI
: Integrasi Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: UjianPsikologi/ Pembangunan Diri
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Gaji, Elaun dan Kemudahan
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Pengenalan kepada Perkhidmatan Awam
Hari Ke-2 | 21/04/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Pelanggan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Keselamatan Perlindungan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sejarah Kenegaraan Malaysia dan Sistem Pentadbiran Negara
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Hala Tuju Negara: Malaysia MADANI
Hari Ke-3 | 22/04/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Orang Kurang Upaya (OKU)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Kewangan Peribadi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Rasuah
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Imej dan Keterampilan Diri
Hari Ke-4 | 23/04/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Tatakelakuan dan Tatatertib Perkhidmatan Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Integriti
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Urusan Perkhidmatan
: Faedah Persaraan
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Awam
Hari Ke-5 | 24/04/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Aktiviti Kerohanian/ Penerapan Nilai Murni
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi Ulangkaji
: Taklimat Ujian Kefahaman PTM
: Ujian Akhir PTM
: Penilaian Kursus dan Penutup