Organisasi yang cemerlang mempunyai pemangkin yang cakna serta bijak dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dalam sesebuah institusi dan organisasi kita (pegawai/ pekerja) merupakan pemangkin dalam memastikan sesebuah organisasi itu kekal relevan dan berdiri kukuh di mana kaedah untuk menyelesaikan masalah (krisis/ isu/ risiko) yang dihadapi oleh organisasi dapat diselesaikan dengan kaedah yang terbaik dan sistematik.
Sehubungan itu, semua pekerja dalam sesebuah organisasi perlu mempunyai keupayaan berfikir secara kritis, kritikal dan analitikal. Kemahiran berfikir secara kritikal ialah keupayaan untuk menganalisis maklumat, menilai hujah, membuat pertimbangan logik, dan menyelesaikan masalah dengan cara yang berkesan dan rasional. Kemahiran ini bukan sekadar mengetahui maklumat, tetapi juga bagaimana untuk menggunakannya dengan bijak. Manakala, kemahiran berfikir secara analitikal merujuk kepada kebolehan untuk menganalisis maklumat, menguraikan masalah lebih spesifik, menilai bukti, dan membuat kesimpulan yang logik yang melibatkan keupayaan untuk melihat hubungan antara konsep asas dan menyelesaikan masalah dengan cara yang teratur dan sistematik.
Justeru itu, kemahiran ini adalah wajar untuk diterapkan dan ditanamkan dalam diri semua pegawai kerana konsep dan kaedah ini merupakan kemahiran yang dapat membantu pegawai merumus dan membina segala keputusan yang dapat mengurangkan riskio dan konflik terhadap organisasi.
TERMA & SYARAT
Kursus ini terbuka kepada semua pegawai yang ingin meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis, kritikal dan analitikal.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Status Permohonan
Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.
2. Etika Berpakaian
i. Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang menghadiri kursus.
ii. Semua peserta juga perlu memakai tanda nama yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi, atau Institusi masing-masing.
3. Permohonan Kursus
i. Peserta perlu memuat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Penyelia ke dashboard akaun pengguna peserta di laman DTIMS sebelum hadir berkursus.
ii. Nama peserta akan digugurkan sekiranya gagal membuat bayaran dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan.
4. Pembayaran Yuran Kursus
i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun iPayment di pautan https://ipayment.anm.gov.my/
ii. Kaedah pembayaran yuran pendaftaran kursus secara dalam talian sahaja.
iii. Peserta wajib membuat pembayaran sebelum kursus dijalankan dan bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.
5. Kewajipan Kehadiran
i. Semua peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus.
ii. Peserta dikehendaki bebas daripada sebarang aktiviti lain semasa mengikuti kursus.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Sesi I: Kaedah dan Teknik - Gaya dan Cara Permikiran Kritikal dan Analitikal | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Sesi II: - Memikir, Mentafsir, Menganalisis, Menstruktur dan Menyusun | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Sesi III: - Mengenalpasti Khalayak dan Tujuan |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Sesi IV: - SWOT Analisis | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Sesi V: - Latihan Kajian Kes | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Sesi VI: - Sesi Pembentangan dan Maklum Balas |