Carian Kursus

[ POLJIMNSA0001 ] KURSUS PENGURUSAN SENJATA API DAN LATIHAN MENEMBAK SIRI 1 [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini diadakan khususnya untuk memberi pendedahan dan latihan menembak kepada pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan SAHAJA. Kursus ini dianjurkan agar dapat meningkatkan kemahiran peserta berhubung dengan penggunaan, tatacara penyimpanan dan pengendalian senjata api berasaskan kepada perundangan di bawah Akta Senjata Api 1960.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kemahiran peserta berhubung dengan penggunaan, tatacara penyimpanan dan pengendalian senjata api berasaskan kepada perundangan di bawah Akta Senjata Api 1960.
  2. Memberi pengetahuan dan kefahaman berhubung dengan membawa dan menggunakan senjata api Jabatan.
  3. Memberi latihan kemahiran di dalam pengendalian senjata api dan peluru Jabatan dengan cara yang betul dan selamat.
  4. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan dapat melahirkan dan mengenalpasti "sharp-shooter" jabatan yang baharu.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Bahagian / Cawangan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari minum petang dan makan malam sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak Urus Setia dan Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2025 bagi langkah-langkah penjimatan. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.

5. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

6. Pegawai beruniform memakai Pakaian No. 4A (BSP) beserta topi, manakala pegawai gunasama memakai pakaian sukan.

7. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 04/02/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PEMBENTUKAN KUMPULAN / TAKLIMAT KURSUS
: PEMBENTUKAN KUMPULAN / TAKLIMAT KURSUS
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PERUNTUKAN UNDANG UNDANG
: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENGENALAN KEPADA TEMBAKAN OPERASI / LATIHAN MENEMBAK
: PENGENALAN KEPADA TEMBAKAN OPERASI / LATIHAN MENEMBAK
Hari Ke-2 | 05/02/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PEMBENTUKAN KUMPULAN / TAKLIMAT KURSUS
: PEMBENTUKAN KUMPULAN / TAKLIMAT KURSUS
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PERUNTUKAN UNDANG UNDANG
: PERUNTUKAN UNDANG UNDANG
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENGENALAN KEPADA TEMBAKAN OPERASI / LATIHAN MENEMBAK
: PENGENALAN KEPADA TEMBAKAN OPERASI / LATIHAN MENEMBAK