Carian Kursus

[ POLJIMWPKLA0024 ] KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI & CORRUPTION RISK MANAGEMENT (CRM) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pengukuhan Integriti dan Corruption Risk Management (CRM) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman peserta terhadap kepentingan integriti dalam organisasi serta keperluan mengurus risiko rasuah secara sistematik dan berkesan. Kursus ini memberi penekanan kepada konsep integriti, etika kerja, tadbir urus yang baik, serta implikasi rasuah terhadap individu dan organisasi.

Peserta akan diperkenalkan kepada prinsip dan kerangka Corruption Risk Management (CRM), termasuk kaedah mengenal pasti, menilai, mengawal dan memantau risiko rasuah dalam proses kerja. Selain itu, kursus ini turut membincangkan peranan individu dalam membudayakan integriti serta langkah-langkah pencegahan rasuah selaras dengan garis panduan agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Melalui sesi pembelajaran interaktif, kajian kes dan perbincangan kumpulan, peserta akan dapat mengaplikasikan pengetahuan CRM dalam konteks kerja sebenar, seterusnya membantu organisasi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan yang telus, cekap dan bebas rasuah.

Objektif Kursus
  1. Membantu organisasi di dalam melaksanakan penambahbaikan berdasarkan dasar dan perundangan/sistem dan prosedur kerja, nilai-nilai murni dan rekod etika, kaedah pengesanan, puinitif dan pemulihan serta mekanisma pengiktrafan dan penghargaan
  2. Menggalakkan budaya kerja berbincang isu-isu rasuah secara professional dalam organisasi.
  3. Mengenalpasti dan menganalisa risiko rasuah dan kelemahan governan dalam organisasi
Syarat Tambahan

1. PEGAWAI DIWAJIBKAN MENDAPATKAN KEBENARAN BERKURSUS DARIPADA KETUA BAHAGIAN MASING-MASING.

2. PESERTA KURSUS PERLU BERSEDIA  DAN BERADA DI BILIK LATIHAN 5 MINIT AWAL SEBELUM KURSUS BERMULA.

3. PESERTA KURSUS DILARANG MENINGGALKAN KURSUS KETIKA KURSUS SEDANG BERLANGSUNG. 

4.PESERTA WAJIB MEMAKAI UNIFORM LENGKAP BAGI SKIM KP. MANAKALA SKIM GUNASAMA PERLU BERPAKAIAN SOPAN BESERTA TAG NAMA JABATAN.

5. SIJIL HANYA DIBERIKAN KEPADA PEGAWAI YANG KEHADIRANNYA PENUH DAN SELESAI MEMBUAT PENILAIAN KURSUS.

Modul/Topik
Hari Pertama | 28/04/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGUKUHAN INTEGRITI & PEMAHAMAN KEPADA RASUAH DAN RISIKO YANG BERKAITAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN RISIKO DAN MEMAHAMI KEPERLUAN RISIKO RASUAH
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TAKLIMAT PENGGUNAAN TEMPLET CRM & KAMUS PARAMETER CRM PNB DAN SESI SOAL JAWAB PENCERAMAH
Hari Ke-2 | 29/04/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MENGENALPASTI RISIKO RASUAH BAHAGIAN / UNIT BERDASARKAN AKTIVITI / TUGAS
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MENGENALPASTI RISIKO RASUAH BAHAGIAN / UNIT BERDASARKAN AKTIVITI / TUGAS
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENILAIAN RISIKO RASUAH 2025 DAN KEBERKESANAN KAWALAN
Hari Ke-3 | 30/04/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PEMBENTANGAN CRA OLEH BAHAGIAN / UNIT
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PEMBENTANGAN CRA OLEH BAHAGIAN / UNIT
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PEMBENTANGAN CRA OLEH BAHAGIAN / UNIT