Carian Kursus

[ TZA0004 ] Kursus Imej dan Keterampilan [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada penjawat awam berkenaan pengurusan imej dan keterampilan diri yang lebih rapi selari dengan norma dan kod etika pemakaian bagi meningkatkan keyakinan diri dan menonjolkan kewibawaan serta identiti tersendiri individu tersebut.

Objektif Kursus
  1. Di akhir sesi, peserta akan dapat menerangkan kepentingan imej dan keterampilan penjawat awam berdasarkan kod etika pemakaian penjawat awam
  2. Di akhir sesi, peserta akan dapat mengaplikasikan tatacara berpakaian yang betul mengikut acara/majlis dihadiri.
  3. Di akhir sesi, peserta akan dapat menerangkan panduan tatacara/tatahias yang sesuai dengan individu tersebut berdasarkan pemilihan warna yang betul.
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan; dan
Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.

5. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 10/07/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KURSUS
: PERANAN IMEJ & KETERAMPILAN DIRI (TRANSFORMASI PENJAWAT AWAM)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MEMAHAMI JENIS BENTUK BADAN, PENAMPILAN DIRI DAN TATARIAS
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LATIH AMAL
Hari Ke-2 | 11/07/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENAMPILAN DAN PEMILIHAN PAKAIAN MENGIKUT KESESUAIAN ACARA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENGARUH PSIKOLOGI WARNA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LATIH AMAL
Hari Ke-3 | 12/07/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PERBINCANGAN KUMPULAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PERSEMBAHAN KUMPULAN
: RUMUSAN & PENILAIAN