Carian Kursus

[ SZA0055 ] Kursus Kecemerlangan Diri [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini memberi pendedahan kepada pegawai awam agar mempunyai imej diri yang positif, membina dan memiliki keyakinan diri semasa menjalankan tugas di dalam organisasi. 

Objektif Kursus
  1. Menerangkan kepentingan motivasi yang berkesan sebagai satu elemen penting dalam pengurusan sahsiah diri dalam organisasi;
  2. Menerangkan kepentingan komunikasi yang berkesan bagi mengelakkan konflik di jabatan/organisasi
  3. Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam melaksanakan tugas yang efektif ke arah kecemerlangan diri dalam organisasi
Syarat Tambahan

Semua peserta dikehendaki mematuhi syarat serta peraturan kursus seperti berikut:

1.   Para peserta dimohon untuk melaksanakan perkara berikut :

       1.1.     Melakukan ujian kendiri COVID-19 dalam tempoh 24 jam sebelum pendaftaran;

       1.2.     Peserta yang mempunyai simptom seperti batuk, selsema atau demam atau positif COVID-19 adalah DILARANG  sama sekali berkursus di IKWAS;

       

2.    Peserta TIDAK PERNAH mengikuti Kursus Kecemerlangan Diri anjuran INTAN .

3.    Mendaftar masuk setengah jam lebih awal dari masa kursus bermula

4.    Para peserta dimohon untuk memakai TANDA NAMA (name tag) semasa menyertai sesi kursus.

5.    Mematuhi masa kursus yang ditetapkan sebagaimana di dalam jadual kursus.

6.    Peserta WAJIB hadir dalam setiap slot. Ketidakhadiran dalam salah satu slot akan menyebabkan secara automatik Penyelia Peserta akan menerima notifikasi ketidakhadiran tersebut secara emel dan  peserta tidak menerima sijil kehadiran serta tidak melayakkan pegawai mendapat Sijil Kursus. Sebab-sebab tidak hadir hanya dibenarkan dan diberi pertimbangan oleh pihak urus setia.

7.    Peserta hendaklah sentiasa mematuhi etika berpakaian semasa berkursus dan mematuhi arahan pihak IKWAS.

8.    Pengurus Program akan memaklumkan kepada Ketua Jabatan/Penyelia peserta jika didapati peserta tidak hadir dalam slot kursus tanpa pemakluman. 

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/07/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran Peserta, Taklimat Kursus dan Pengenalan Malaysia Madani serta Bina Keyakinan Diri
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pasukan Hebat
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Masa
Hari Ke-2 | 22/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Interpersonal Yang Menawan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Komunikasi Yang Mengagumkan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Hebat Di Tempat Kerja
Hari Ke-3 | 23/07/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Konflik Di Tempat Kerja
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Keseronokan Di Tempat Kerja & Penilaian Kursus