Carian Kursus

[ KNA0024 ] Kursus Pembudayaan HEMAT Penjawat Awam [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus in dirangka untuk memberi pendedahan kepada semua penjawat awam tentang nilai-nilai HEMAT agar dapat difahami, dijadikan panduan serta direalisasikan di pelbagai peringkat.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan dengan betul definisi H.E.M.A.T. dalam konteks perkhidmatan awam.
  2. Menyenaraikan tiga (3) prinsip pendekatan tanggungjawab sebagai penjawat awam (Memudahkan, Menyesuaikan, Menyegerakan).
  3. Mengaplikasi lima (5) nilai H.E.M.A.T. dalam penyelesaian kajian kes.
Syarat Tambahan

Kursus Pembudayaan HEMAT Penjawat Awam Siri 1/2026 ini akan diadakan SECARA DALAM TALIAN.

  • Peserta tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Utama Bukit Kiara sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam;
  • Membuat bayaran kursus RM30.00 secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal DTIMS;
  • Kelulusan Ketua Jabatan diperolehi oleh peserta semasa borang pengesahan kehadiran DTIMS dimuat naik;
  • Peratus kehadiran peserta adalah 80% tanpa gagal;
  • Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang program;
  • Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan;
  • Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan;
  • Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Capaian ke platform dalam talian akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula;
  • Mengemukakan soalan dan maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window;
  • Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi chat window. Beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat;
  • Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa mengikuti kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window;
  • Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus;
  • Muat turun e-sijil, nota dan pelbagai rujukan lain boleh dibuat selepas penilaian program diselesaikan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 03/03/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kursus dan Pengenalan Kepada H.E.M.A.T
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Slot Nilai H: Hijrah Tata Kelola
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Slot Nilai E: Empati Rakyat
Hari Ke-2 | 04/03/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Slot Nilai M: Minda Pekin
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Slot Nilai A: Apresiasi Inovasi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Slot Nilai T: Telus Tadbiran