Carian Kursus

[ TZA0017 ] Kursus Horizon Baharu KIK [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

KURSUS INI BERTUJUAN MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA HORIZON BAHARU KIK BERDASARKAN PTPA 1/2016. 

BAGI KIK SIRI 2/2025 DIADAKAN BERKOLABORASI BERSAMA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (LGM).

Objektif Kursus
  1. Menerangkan pelaksanaan pembudayaan dan pemerkasaan inovasi dalam sektor awam berdasarkan Horizon Baharu KIK
  2. Mengaplikasikan proses-proses dan penggunaan kaedah dan teknik terkini dalam menghasilkan projek KIK
  3. Memperoleh kemahiran dalam penyediaan dokumentasi projek
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Makan pagi, tengah hari dan malam sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM dan Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.

5. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah disediakan.  Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 14/07/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TAKLIMAT PESERTA DAN TAKLIMAT MALAYSIA MADANI
: PANDUAN PEMBUDAYAAN & PEMERKASAAN INOVASI DALAM SEKTOR AWAM MELALUI HORIZON BAHARU KIK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MEKANISME PENILAIAN & KRITERIA PEMARKAHAN KIK
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: SKOP PROJEK DAN PENJANAAN IDEA KREATIF
Hari Ke-2 | 15/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENYEDIAAN DOKUMENTASI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: DESIGN THINKING DAN LATIH AMAL
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: DESIGN THINKING DAN LATIH AMAL
Hari Ke-3 | 16/07/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: DESIGN THINKING DAN LATIH AMAL
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: RUMUSAN DAN PENUTUP