Carian Kursus

[ UZA0028 ] Kursus Pengurusan Gangguan Seksual di Tempat Kerja [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pengurusan Gangguan Seksual di Tempat Kerja bertujuan untuk memberi kesedaran awam mengenai pengurusan salah laku gangguan seksual dan tindakan pencegahan di tempat kerja. 

Objektif Kursus
  1. Mentafsir definisi dan menyenaraikan jenis-jenis perlakuan gangguan seksual;
  2. Menyenaraikan kesan, langkah pemulihan dan program pencegahan yang boleh diamalkan oleh organisasi untuk mencegah kes gangguan seksual; dan
  3. Menerangkan prosedur pengendalian kes-kes gangguan seksual di tempat kerja berdasarkan peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.
Syarat Tambahan

 

  • Kursus ini terbuka kepada semua penjawat awam dari gred 11 hingga 52.
  • Pegawai yang bertugas di Unit / Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah digalakkan untuk memohon kursus ini.
Modul/Topik
Hari Pertama | 09/05/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN PENGURUSAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: TERGANGGU, DIGANGGU, MENGGANGGU? KENALI GANGGUAN SEKSUAL
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KESAN, LANGKAH PEMULIHAN DAN PROGRAM PENCEGAHAN
Hari Ke-2 | 10/05/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PROSEDUR PENGENDALIAN KES GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: KETERANGKUMAN DAN SENSITIVITI GENDER
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: APAKAH HAK ANDA? UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Hari Ke-3 | 11/05/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LATIHAN DAN PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PEMBENTANGAN KUMPULAN DAN RUMUSAN