Carian Kursus

[ KBA0024 ] Kursus Asas Penulisan Teks Ucapan Kerajaan [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Dokumen rasmi kerajaan merupakan sebarang dokumen yang dihasilkan oleh kerajaan secara rasmi dan hal-ehwal pengurusannya tertakluk di bawah Akta 629 (Akta Arkib Negara 2003). Teks ucapan merupakan salah satu daripada dokumen rasmi kerajaan apabila dihasilkan bagi tujuan-tujuan rasmi.

Kepentingan teks ucapan yang berkualiti terletak pada stuktur teks yang menarik dan ketepatan bahasa yang digunakan. Kursus ini akan menyediakan asas-asas penulisan teks ucapan bagi majlis kerajaan daripada aspek struktur dan penggunaan bahasa yang tepat dengan konteks teks ucapan. 

Melalui latihan berkaitan dokumen rasmi kerajaan termasuklah teks ucapan kepada setiap pejabat kerajaan, tatacara penggunaan bahasa kebangsaan yang optimum juga boleh disampaikan kepada penjawat awam.

Kepentingan kursus ini telah ditekankan oleh Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020 khususnya pada Perkara 7 dan 8 Pekeliling tersebut:

“7. Bagi memastikan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan berkesan, maka semua pegawai awam perlu menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik dan betul dalam semua urusan rasmi sama ada secara bertulis atau lisan.

8. Pegawai juga hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan bahasa kebangsaan yang baik dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa serta menghayati aspirasi penggunaannya semasa berkomunikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.”

Objektif Kursus
  1. Menerangkan struktur asas teks ucapan kerajaan.
  2. Menggunakan laras bahasa dan tatabahasa yang betul bagi tujuan penghasilan teks ucapan kerajaan.
Syarat Tambahan

Kursus ini dijalankan secara dalam talian bagi memaksimumkan penyertaan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 30/05/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Stuktur Teks Ucapan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LDK 1: Struktur Teks Ucapan Kerajaan
Hari Ke-2 | 31/05/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Gaya Bahasa dalam Teks Ucapan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: LDK 2: Gaya Bahasa dalam Teks Ucapan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Kumpulan dan Penutup
Hari Ke-3 | 14/06/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada teks ucapan kerajaan