Kursus ini memberikan para peserta beberapa konsep yang digunakan untuk menambah kemahiran para penyelia dalam bidang kepimpinan
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Tidak berasal dari zon merah Covid-19. Jika rumah/pejabat diisytiharkan zon merah, sila maklumkan lebih awal kepada urus setia untuk dibatalkan penyertaan kursus.
2. Mendaftar masuk ke penginapan INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) sebelum jam 4.30 petang sehari sebelum kursus bermula.
3. Memuat turun buku program dan nota kursus sebelum kursus bermula melalui pautan kursus berkenaan di www.dtims.intan.my.
4. Menetapkan telefon bimbit pada mod SENYAP sepanjang sesi pembelajaran.
5. Bersedia di bilik kursus 5 minit lebih awal sebelum sesi pembelajaran bermula. Pastikan tandatangan buku kehadiran atau scan QR Code setiap kali hadir ke sesi pembelajaran.
6. Menyelesaikan pre test pada awal kursus dan post test pada akhir kursus. Link kepada pre dan post test akan diberikan oleh urus setia semasa taklimat kursus.
7. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan. Kekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi dan beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.
8. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia dan penceramah.
9. Mematuhi larangan premis Kerajaan bebas rokok dan peraturan-peraturan lain berkuatkuasa semasa.
10. Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Etika Kerja | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pembentukan Minda Beretika | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | LDK 1 |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Peranan Penyelia | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | What's Next? Kemahiran Berfikir Kreatif dan Inovatif | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | LDK 2 |