Carian Kursus

[ UZA0028 ] Kursus Pengurusan Gangguan Seksual di Tempat Kerja [ Siri 2/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pengurusan Gangguan Seksual di Tempat Kerja bertujuan untuk memberi kesedaran awam mengenai pengurusan salah laku gangguan seksual dan tindakan pencegahan di tempat kerja. 

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai salahlaku gangguan seksual di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018, 'Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Tempat kerja;
  2. Menerangkan tatacara pengurusan kes-kes gangguan seksual di tempat kerja mengikut peraturan dan pekeliling yang diperuntukkan;
  3. Menyenaraikan program pencegahan yang perlu yang diamalkan oleh jabatan untuk mengelakkan kes gangguan seksual di tempat kerja.
Syarat Tambahan
  • Kursus ini terbuka kepada semua penjawat awam dari gred 11 hingga 52.
  • Pegawai yang bertugas di Unit / Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah digalakkan untuk memohon kursus ini.
  • Permohonan akan dibuka DUA BULAN sebelum tarikh kursus.
  • Pemilihan peserta adalah berdasarkan keperluan tugas hakiki peserta dan had bilangan peserta bagi satu-satu jabatan/ agensi.
  • Penawaran kursus bagi peserta yang berjaya akan dilakukan SEBULAN sebelum tarikh kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 22/11/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA : PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 5 TAHUN 2018 (PP5/2018)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: TERGANGGU, DIGANGGU, MENGGANGGU? KENALI GANGGUAN SEKSUAL (PP5/2018)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PROSEDUR PENGENDALIAN KES GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA (PP5/2018)
Hari Ke-2 | 23/11/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KESAN, LANGKAH PEMULIHAN DAN PROGRAM PENCEGAHAN (PP5/2018)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: KETERANGKUMAN DAN SENSITIVITI GENDER
: PENILAIAN, RUMUSAN DAN PENUTUPAN KURSUS
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LATIH AMAL PENGURUSAN GANGGUAN SEKSUAL