Carian Kursus

[ JDNBB0003 ] Program Mentoring (Pembangunan Sistem) Bagi Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Program ini bertujuan meningkatkan kompetensi pembangunan sistem dalam kalangan PPTM melalui pendekatan bimbingan berstruktur, pembelajaran berasaskan projek dan pembangunan sistem secara praktikal di bawah bimbingan pegawai ICT yang berpengalaman.

Program Mentoring (Pembangunan Sistem) adalah sebagai platform pembangunan kompetensi secara berstruktur. Setiap kumpulan dikehendaki membangunkan satu sistem atau aplikasi ringkas dalam tempoh pelaksanaan kira-kira dua bulan setengah, dengan pembahagian peranan dan tanggungjawab yang jelas kepada setiap menti

Objektif Kursus
  1. OBJEKTIF PROGRAM • Meningkatkan kompetensi PPTM dalam proses pembangunan sistem secara menyeluruh melalui bimbingan mentor; • Memberikan pendedahan praktikal dalam analisis keperluan, reka bentuk, coding, pengujian dan dokumentasi sistem; • Membolehkan setiap kumpulan menghasilkan satu sistem atau aplikasi ringkas yang berfungsi dalam skop tempoh program; • Meningkatkan kemahiran bekerja secara berkumpulan, penyelesaian masalah dan komunikasi teknikal; • Merekod serta menilai pencapaian projek berkumpulan dan prestasi individu menti berasaskan bukti kerja; dan • Memperkukuh budaya perkongsian ilmu dan pembelajaran berterusan dalam kalangan pegawai ICT sektor awam.
  2. Memberikan pendedahan praktikal dalam analisis keperluan, reka bentuk, coding, pengujian dan dokumentasi sistem; • Membolehkan setiap kumpulan menghasilkan satu sistem atau aplikasi ringkas yang berfungsi dalam skop tempoh program; • Meningkatkan kemahiran bekerja secara berkumpulan, penyelesaian masalah dan komunikasi teknikal; • Merekod serta menilai pencapaian projek berkumpulan dan prestasi individu menti berasaskan bukti kerja; dan • Memperkukuh budaya perkongsian ilmu dan pembelajaran berterusan dalam kalangan pegawai ICT sektor awam.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Terbuka kepada Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Gred FA5, FA6, dan FA7 lantikan persekutuan. 

  • Keutamaan diberikan kepada PPTM yang tugas hakikinya melibatkan pembangunan sistem. PPTM yang mempunyai minat dan kesungguhan untuk mendalami bidang pembangunan sistem turut digalakkan memohon.
  • Pemohon hendaklah mendapat sokongan dan kelulusan Ketua Jabatan atau penyelia untuk mengikuti keseluruhan program.
  • Pemohon perlu memberikan komitmen untuk mengikuti program dan menghadiri keenam-enam sesi yang ditetapkan.
  • Setiap sesi dilaksanakan secara bersemuka selama dua jam, mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh urus setia.
  • Setiap peserta akan ditempatkan dalam kumpulan yang terdiri daripada seorang mentor dan empat orang menti.
  • Setiap kumpulan dikehendaki membangunkan satu sistem atau aplikasi ringkas berdasarkan skop yang dipersetujui bersama mentor.
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 17/08/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Persediaan dan Penentuan Projek
Hari Ke-2 | 27/08/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Analisis Keperluan dan Reka Bentuk Sistem
Hari Ke-3 | 11/09/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembangunan Asas Sistem dan Pengekodan
Hari Ke-4 | 25/09/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembangunan Lanjutan, Integrasi dan Penyahpepijat
Hari Ke-5 | 09/10/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengujian dan Penambahbaikan Sistem
Hari Ke-6 | 30/10/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Dokumentasi, Pembentangan dan Penilaian Akhir