Carian Kursus

[ UZA0009 ] Program Transformasi Minda [ Siri 3/2021 ]

Sinopsis Kursus

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. 

PTM untuk Siri 3 ini akan dijalankan secara Dalam Talian (online) tanpa mengubah pengisian kursus, atas kekangan penularan Covid-10 dan juga sebagai langkah mematuhi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang berkuatkuasa.

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam
  2. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam
  3. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan
  4. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju
Syarat Tambahan
  • Program ini diberikan KEUTAMAAN kepada penjawat awam lantikan baharu yang bertugas di Wilayah Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak) bagi tujuan pengesahan jawatan sahaja. 
  • Permohonan akan dibuka DUA BULAN sebelum tarikh program.
  • Pemilihan peserta adalah berdasarkan tarikh lantikan dan had bilangan peserta bagi satu-satu jabatan/ agensi.
  • Penawaran program bagi peserta yang berjaya akan dilakukan SEBULAN sebelum tarikh program.
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 10/10/2021 | Ahad
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Personaliti dan Kaitannya Sebagai Penjawat Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Integrasi Kumpulan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Keterampilan Diri
Hari Ke-2 | 11/10/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pemikiran Kritis & Inovatif
: Pengurusan Integriti & Keselamatan (Isu Keselamatan)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Pelanggan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
Hari Ke-3 | 12/10/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Integriti & Keselamatan (Isu Integriti & Rasuah)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Overview Perkhidmatan Awam dan Mengutamakan Masyarakat
Hari Ke-4 | 13/10/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Aduan Awam
Hari Ke-5 | 14/10/2021 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Laluan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam