Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa (Perujuk Bahasa) ini merupakan program di bawah “Strategi 5: Mewujudkan Unit Khas Pelaksanaan Bahasa bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan santun dalam kalangan penjawat awam”, dalam rangka Pelan Tindakan Program Kebahasaan Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan 2015 – 2017. Pelan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Bil.1/2015. Inisiatif ketiga dalam Strategi 5 ini menjelaskan, “Memberikan latihan kebahasaan formal dan berperingkat kepada pegawai kementerian setiap sektor yang dilantik khas. Pegawai ini akan menjadi Perujuk Bahasa kepada kementerian supaya dokumen rasmi dan bahan bercetak agensi menggunakan bahasa Melayu yang baik, betul dan santun serta mahir dalam bidang kebahasaan seperti yang termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.
Peserta yang lulus Ujian Kursus Pembinaan Munsyi Muda kelak akan dipanggil untuk mengikuti Kursus Pemantapan Munsyi Muda Bahasa bagi melayakkan peserta menerima Sijil Penuh Munsyi Muda Bahasa.
Kursus ini berada di bawah Kluster Pembangunan Kendiri (Protokol & Bahasa), Dasar Latihan JPA
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Dasar Bahasa Kebangsaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kata: Golongan Kata dan Jenis Kata | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Sistem Ejaan Rumi dan Sebutan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Ayat: Pola Ayat Dasar dan Jenis Ayat | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Imbuhan dan Partikel | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Penjodoh Bilangan, Kata Bestari dan Penanda Wacana |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Contoh Kesalahan Tatabahasa | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Sistem Tanda Baca | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kepersisan Bahasa Melayu dalam Penulisan Dokumen Rasmi |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kesantunan Bahasa dalam Surat Rasmi I: Bahasa Halus dan Sapaan Hormat | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kesantunan Bahasa dalam Surat Rasmi II: Laras Bahasa dan Nilai Murni | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latihan Penulisan |