Carian Kursus

[ BZA0031 ] Kursus Kecerdasan Minda Petugas Barisan Hadapan [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini menyasarkan semua penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan gred 19 hingga gred 40 di pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan. 

Dengan peningkatan tahap pendidikan ditambah lagi dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, permintaan rakyat terhadap Perkhidmatan Awam kian meningkat. Pelanggan merasakan mereka mempunyai hak untuk mendapat perkhidmatan yang cepat dan cekap dengan keutamaan diberi kepada kehendak dan keperluan mereka. Dalam masa yang sama, pelanggan berpendapat bahawa Petugas Barisan Hadapan patut menggembirakan (‘Delighting’) mereka.

Petugas Barisan Hadapan juga berhadapan dengan kehidupan harian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Semua ini menjadi satu tekanan emosi dan minda kepada Petugas Barisan Hadapan. Mereka perlu mempunyai kecerdasan minda dan emosi yang tinggi agar boleh menyampaikan perkhidmatan dengan berkesan.  Di samping itu, berbekalkan minda yang cerdas, Petugas Barisan Hadapan juga supaya boleh menghadapi cabaran-cabaran dengan berjaya dan kreatif serta mampu menyelesaikan sebarang isu secara tuntas. Selain daripada itu, Petugas Barisan Hadapn juga perlu berfikiran positif dan kritikal, pandai menguruskan stres dan emosi sendiri dan juga pelanggan,  mempunya kekuatan untuk memotivasikan sendiri serta menjaga hubungan dengan pelanggan.  Bukan itu sahaja, Petugas Barisan Hadapan juga perlu mempunyai kefahaman mengenai dasar, prosedur, sumber dan sistem agar maklumat yang disampaikan kepada pelanggan tepat dan diyakini keabsahannya.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kemahiran peserta dalam mengurus emosi sendiri dan pelanggan
  2. Meningkatkan keupayaan peserta untuk memotivasikan sendiri
  3. Meningkatkan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah
  4. Membantu peserta supaya berfikiran positif dalam apa sahaja keadaan
Syarat Tambahan

 

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 02/07/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA PERKHIDMATAN BARISAN HADAPAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: POSITIVE MENTAL ATTITUDE
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH
Hari Ke-2 | 03/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MOTIVASI KENDIRI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: HUBUNGAN INTERPERSONAL
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MIRRORING AND COACHING
Hari Ke-3 | 04/07/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGURUSAN STRESS
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENGURUSAN EMOSI
: RUMUSAN, PENILAIAN DAN PENUTUP