Carian Kursus

[ KLA0007 ] Kursus Radas Penyelesaian Masalah [ Siri 2/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Problem Solving Tools merupakan kursus yang disediakan khas untuk meningkatkan keupayaan kumpulan pelaksana dalam mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara sistematik di tempat kerja. Kursus ini memberi pendedahan kepada radas dan teknik penyelesaian masalah seperti Ishikawa Diagram (Fishbone Analysis)SWOT Analysis dan ERRC Grid bagi membantu peserta mengenal pasti punca masalah, menilai situasi semasa serta merangka tindakan penambahbaikan yang berkesan.

Selain itu, kursus ini turut memberi penekanan kepada aspek komunikasi berkesan dan kerja berpasukan sebagai elemen penting dalam proses penyelesaian masalah. Melalui pendekatan yang praktikal dan berorientasikan situasi sebenar di tempat kerja, peserta akan dapat meningkatkan keupayaan berfikir secara kritis, bekerjasama dengan lebih efektif serta menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan organisasi.

Objektif Kursus
  1. Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat: 1. Mengenal pasti amalan komunikasi yang menyokong hubungan kerja yang positif: dan 2. Mengaplikasikan radas pengurusan yang dipelajari yang boleh digunakan dalam penyelesaian masalah di organisasi.
Syarat Tambahan

Peserta yang memerlukan penginapan hendaklah mengisi keperluan penginapan semasa permohonan kursus bagi memudahkan penyelarasan oleh pihak urus setia. Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada peserta yang bertugas di luar Lembah Klang dan penyediaan penginapan adalah tertakluk kepada kekosongan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 14/09/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Komunikasi Profesional
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan Kepada Radas Penyelesaian Masalah
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Ishikawa Diagram
Hari Ke-2 | 15/09/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Analisis SWOT
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: ERRC Grid
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Kumpulan, Recap & Refleksi