Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada penjawat awam berkenaan pengurusan imej dan keterampilan diri yang lebih rapi selari dengan norma dan kod etika pemakaian bagi meningkatkan keyakinan diri dan menonjolkan kewibawaan serta identiti tersendiri individu tersebut.
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;
4. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.
5. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan.
6. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).
6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KURSUS | |
: | PERANAN IMEJ & KETERAMPILAN DIRI (TRANSFORMASI PENJAWAT AWAM) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MEMAHAMI JENIS BENTUK BADAN, PENAMPILAN DIRI DAN TATARIAS | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PENGARUH PSIKOLOGI WARNA |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENAMPILAN DAN PEMILIHAN PAKAIAN MENGIKUT KESESUAIAN ACARA | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | LATIH AMAL | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PERSEMBAHAN KUMPULAN | |
: | RUMUSAN & PENILAIAN |