Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.
Lulus kursus ini merupakan salah satu syarat pengesahan dalam jawatan. Oleh yang demikian, peserta yang hadir akan diberikan sijil kehadiran kursus dan akan menerima sijil keputusan sama ada lulus atau gagal PTM setelah panel penilai selesai bermesyuarat dalam tempoh sebulan daripada kursus berakhir.
Pencalonan untuk menyertai Kursus PTM perlu melalui JPA bagi perkhidmatan gunasama Persekutuan dan melalui Pejabat SUK Negeri bagi perkhidmatan lantikan suruhanjaya perkhidmatan negeri. Slot bagi calon tumpangan telahpun penuh.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus ini perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KURSUS | |
: | UJIAN PSIKOLOGI DAN PEMBANGUNAN DIRI | |
: | INTEGRASI KUMPULAN | |
: | PENGUCAPAN AWAM | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | SISTEM PENTADBIRAN NEGARA | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN PEGAWAI AWAM (TATAKELAKUAN & TATATERTIB) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | ROLL CALL | |
: | INTEGRASI KUMPULAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PERATURAN PEGAWAI & PERINTAH-PERINTAH AM | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PEMIKIRAN KRITIS DAN INOVATIF |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | ROLL CALL | |
: | PENGUCAPAN AWAM | |
: | OVERVIEW PERKHIDMATAN AWAM DAN HALA TUJU NEGARA | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PENGURUSAN INTEGRITI (SPRM) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PENGENALAN KEPADA LALUAN KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM & PENGENALAN KEPADA ORGANISASI |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | ROLL CALL | |
: | PENGUCAPAN AWAM | |
: | KETERAMPILAN DIRI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PENGURUSAN KESELAMATAN | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PENGURUSAN ADUAN |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | ROLL CALL | |
: | PENGUCAPAN AWAM | |
: | PEMBENTANGAN KUMPULAN | |
: | UJIAN KEFAHAMAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | SESI RUMUSAN UJIAN PSIKOLOGI, PENILAIAN DAN PENUTUPAN KURSUS |