Carian Kursus

[ IEB0043 ] DRONE BOOST: BEYOND THE BASICS SKILLS [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Drone Boost : Beyond the Basic Skill merupakan program lanjutan yang direka khusus untuk meningkatkan kemahiran pengendalian drone ke tahap yang lebih profesional dan berimpak tinggi. Kursus ini memberi penekanan kepada penguasaan teknik lanjutan yang melangkaui asas penerbangan drone, selaras dengan keperluan semasa dalam bidang dokumentasi visual, penyiaran dan pemetaan. Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini merupakan kesinambungan daripada Kursus Asas Drone yang telah dianjurkan sebelum ini. Melalui pendekatan pembelajaran yang komprehensif dan praktikal, peserta akan didedahkan kepada modul-modul utama seperti videografi sinematik, storytelling dan pemetaan (mapping) menggunakan drone.

Objektif Kursus
  1. i. Memberi pemahaman teknikal mengenai asas fotografi dan videografi udara menggunakan drone
  2. ii. Meningkatkan kemahiran kawalan penerbangan bagi menghasilkan pergerakan sinematik yang stabil dan profesional.
  3. iii. Memberi pendedahan penggunaan drone dalam pengumpulan data geospatial, pemprosesan imej serta aplikasi dalam perancangan dan pemantauan projek
  4. iv. Memberi pendedahan kepada pengurusan data serta asas penyuntingan video udara
  5. v. Memperkukuh keupayaan peserta dalam menghasilkan kandungan visual rasmi yang berkualiti dan berimpak tinggi
Syarat Tambahan

1. Peserta mestilah memiliki sijil kursus asas drone.  
2. Kursus ini merupakan prasyarat bagi penyertaan Kursus Drone Advance

Mohon jelaskan justifikasi permohonan kursus dengan lengkap dan mengikut skop tugas sebenar

Modul/Topik
Hari Pertama | 04/05/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 1: Teknik Penerbangan dan Sinematik Lanjutan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 2: Tetapan Kamera Profesional
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 3: Latihan Penggambaraan Praktikal
Hari Ke-2 | 05/05/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 4: Naratif Visual & Storytelling
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 5: Asas Suntingan Video
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 6: Workflow Kandungan & Penyampaian Pantas Modul 7: Keperluan Penyiaran & Media
Hari Ke-3 | 06/05/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 8: Pengenalan Aerial Mapping
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 9: Perancangan Misi Asas
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 10: Output Data & Interpretasi (Asas) Modul 11: Peraturan & Etika - Simulasi Lapangan Bersepadu Penyampaian Sijil & Sesi Bergambar