Carian Kursus

[ KFB0003 ] Kursus Sijil Pentauliahan Perolehan Kerajaan (SPPK) Perunding [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Sijil Pentauliahan Perolehan Kerajaan SPPK (Perunding) diadakan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran penjawat awam khususnya pegawai-pegawai perolehan tentang pentingnya  bidang perolehan sebagai satu bidang strategik yang memerlukan penekanan kepada aspek pengurusan terbaik untuk mencapai objektif perolehan. Kursus ini juga meningkatkan kemahiran diri melalui pendedahan mengenai dasar, peraturan dan prosedur yang ditetapkan Kerajaan.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan mengenai kaedah pengurusan Perolehan (Perunding) dan proses penyediaan tender berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Perunding
  2. Menjelaskan terma rujukan yang teratur mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Perunding
  3. Mengenalpasti isu perundingan berkaitan kontrak perunding bagi mengelak kerugian kepada Kerajaan selaras dengan kehendak peraturan Kerajaan.
Syarat Tambahan

Prasyarat utama penyertaan ialah Pegawai Perolehan gred 29 - 56 yang sedang atau pernah berkhidmat dalam pengurusan perolehan Kerajaan dan pernah menyertai Kursus Training of Trainers (TOT) yang diadakan oleh Kementerian yang berkaitan perolehan Kerajaan selain daripada Kursus TOT yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan serta kursus perolehan Kerajaan anjuran INTAN dan Institut Perakaunan Negara.

Modul/Topik
Hari Pertama | 04/09/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Konsep Malaysia Madani
: Taklimat Persediaan Ujian/ Pembentangan Kajian Kes/ Jurnal Pembelajaran
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengenalan Perolehan Perunding
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan Perolehan Perunding
Hari Ke-2 | 05/09/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kaedah dan Penilaian Perunding
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Terma Rujukan dan Dokumen Pelawaan Perunding
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pentadbiran Kontrak Perkhidmatan Perunding
Hari Ke-3 | 06/09/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Isu Perundangan Berkaitan Kontrak Perunding
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Isu Perundangan Berkaitan Kontrak Perunding
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan Sistem MyGPIS
Hari Ke-4 | 07/09/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Persediaan Pembentangan Kajian Kes dan Jurnal Pembelajaran
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Persediaan Pembentangan Kajian Kes dan Jurnal Pembelajaran
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Persediaan Pembentangan Kajian Kes dan Jurnal Pembelajaran
Hari Ke-5 | 08/09/2023 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembentangan Kajian Kes
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembentangan Kajian Kes
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Ujian Kefahaman