Carian Kursus

[ BZA0009 ] Program Transformasi Minda [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. 

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam
  2. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam
  3. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan
  4. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju
Syarat Tambahan
  • Program ini HANYA terbuka kepada penjawat awam lantikan baharu yang bertugas di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.
  • Permohonan akan dibuka SATU (1) BULAN sebelum tarikh program.
  • Pemilihan peserta adalah berdasarkan tarikh lantikan dan had bilangan peserta bagi satu-satu jabatan/agensi. 
  • Penawaran program bagi peserta yang berjaya akan dilakukan selewat-lewatnya SEMINGGU sebelum tarikh program.
  • Semua peserta yang terpilih adalah diwajibkan untuk menginap di asrama kampus dan menghadiri sepenuhnya semua modul termasuk aktiviti kecergasan pagi (6.30 pagi) dan aktiviti kecergasan petang.
  • DIWAJIBKAN pemohon memasukkan TARIKH MULA TERKINI menyertai Perkhidmatan Awam dalam ruangan Sebab Memohon Kursus semasa permohon ini dihantar. Kegagalan memenuhi ruang Sebab Memohon ini dengan Tarikh Mula Perkhidmatan akan memberi implikasi terhadap permohonan
  • Sila pastikan maklumat semasa permohonan adalah sahih serta tepat. Sekiranya maklumat yang dikunci masuk tidak selaras dengan maklumat perjawatan, permohonan akan ditolak secara automatik. Sebagai contoh, jika pemohon bertugas di INTAN Kampus Sabah, sila pastikan negeri bagi lajur alamat negeri perjawatan adalah Sabah, bukan Johor kerana tidak wujud INTAN Kampus Sabah di Negeri Johor. Integriti maklumat yang dikunci masuk adalah tanggungjawab pemohon. 
  • Sebarang pertanyaan berkaitan boleh dimajukan kepada Pengurus Kursus Puan Noor Misbahwati binti Hussin melalui talian  0198724911, emel: misbah@intansabah.intan.my dan Puan Kamisah binti Faisal melalui talian 088-483536, e-mel kamisah@intansabah.intan.my 
  • MOHON NYATAKAN TARIKH LANTIKAN DAN TEMPOH PERKHIDMATAN DIRUANGAN "KETERANGAN ASPEK TUGAS"

Modul/Topik
Hari Pertama | 13/04/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran & Taklimat Urus Setia Program
: Etiket dan Keterampilan Diri
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembangunan Sahsiah Diri
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Integrasi Kumpulan
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Sejarah Kenegaraan Malaysia dan Sistem Pentadbiran Negara
Hari Ke-2 | 14/04/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Cergas Pagi
: Halatuju Negara: Malaysia MADANI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan kepada Perkhidmatan Awam
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Urusan Perkhidmatan
: Faedah Persaraan
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Minda Kreatif
SESI 5 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Latihan Dalam Perkhidmatan Awam
Hari Ke-3 | 15/04/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Cergas Pagi
: Pengurusan Keselamatan Perlindungan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Intergriti
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan OKU
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: MINDA KREATIF
SESI 5 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Pengurusan Rasuah
Hari Ke-4 | 16/04/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Cergas Pagi
: Gaji, Elaun dan Kemudahan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Pelanggan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penulisan Dokumen Rasmi (Surat, Memo,Emel)
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Cergas Minda
SESI 5 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Tatakelakuan Dan Tatatertib Perkhidmatan Awam
Hari Ke-5 | 17/04/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Kewangan Peribadi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Ujian Kefahaman