Carian Kursus

[ TZA0069 ] KURSUS PENGUCAPAN AWAM [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus
  1. Bagi memastikan maklumat dan informasi berkenaan dengan dasar-dasar kerajaan dapat disalurkan serta disampaikan dengan berkesan kepada rakyat maka, penjawat awam haruslah mempunyai kebolehan dan keyakinan diri yang tinggi untuk berucap di hadapan orang ramai.  Justeru itu, INTAN Kampus Wilayah Sarawak telah menganjurkan Kursus Pengucapan Awam bermula pada tahun 2007.
Objektif Kursus
  1. Menyediakan platform kepada penjawat awam untuk berlatih berucap dengan penuh keyakinan di hadapan orang ramai.
  2. Untuk memberi panduan kepada peserta mengenai perancangan dan persembahan pengucapan awam yang betul berdasarkan elemen-elemen yang telah diterangkan ketika berucap di jabatan/agensi atau kementerian.
  3. Untuk memberi panduan berkaitan cara-cara yang berkesan untuk mengatasi kegugupan atau perasaan gementar sebelum dan semasa berucap di hadapan orang ramai.
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM dan Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.

5. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah disediakan. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 18/08/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT MALAYSIA MADANI
: PENGENALAN PENGUCAPAN AWAM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: JENIS-JENIS PENGUCAPAN AWAM & ELEMEN-ELEMEN DALAM PENGUCAPAN AWAM
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MENGURUS GEMENTAR/GUGUP
Hari Ke-2 | 19/08/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PETA PERJALANAN PEMBENTANG
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: LATIH AMAL PENGUCAPAN AWAM (IMPROMTU)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LATIH AMAL PENGUCAPAN AWAM (PREPARED SPEECH)
Hari Ke-3 | 20/08/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LATIH AMAL PENGUCAPAN AWAM (PREPARED SPEECH)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PEMBENTANGAN PENGUCAPAN AWAM
: RUMUSAN & PENILAIAN