Carian Kursus

[ IEB0047 ] EVOLUSI TELEKOMUNIKASI 5G : TEKNOLOGI, PRASARANA, APLIKASI & POTENSI INDUSTRI [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini merupakan program latihan teknikal selama tiga (3) hari yang dianjurkan oleh Kluster Kejuruteraan Penyiaran, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), bertujuan membekalkan peserta dengan pemahaman menyeluruh terhadap teknologi rangkaian generasi kelima (5G) serta aplikasinya dalam industri penyiaran dan penerbitan kandungan digital.

Program ini menggabungkan pendekatan teori dan amali, bermula daripada prinsip asas seni bina rangkaian 5G (5G Core and Radio), landskap pelaksanaan 5G semasa di Malaysia, sehingga aplikasi praktikal teknologi ini dalam konteks penyiaran langsung mudah alih (mobile journalism) dan 5G Broadcast. Peserta akan didedahkan kepada penggunaan platform dan peralatan sebenar industri, termasuk aplikasi penstriman Caton Publisher, platform pengurusan strim Caton Relay Server, serta alat ukur dan diagnosis isyarat profesional Hexylon (Gsertel).

Kursus ini sesuai untuk jurutera, penolong jurutera, dan pegawai teknikal penyiaran yang berhasrat memperkukuh kompetensi dalam teknologi rangkaian generasi baharu selaras dengan hala tuju transformasi digital sektor penyiaran negara.

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan konsep asas dan seni bina teknologi rangkaian 5G (5G Core and Radio) serta perbezaannya berbanding generasi rangkaian terdahulu
  2. Memahami status serta potensi aplikasi 5G dalam industri penyiaran (5G Broadcast);
  3. Melaksanakan sesi praktikal penyiaran langsung mudah alih (mobile journalism) menggunakan peranti pintar dan teknologi penstriman berasaskan 5G
  4. Mendedahkan peserta kepada peralatan ukuran dan diagnosis isyarat 5G Broadcast secara amali
Syarat Tambahan

1. Kelayakan Peserta
1.1 Terbuka kepada penjawat awam daripada Kementerian, Jabatan atau Agensi yang menjalankan operasi penerbitan, penyiaran, atau siar raya.
1.2 Keutamaan diberikan kepada jurutera, penolong jurutera dan pegawai teknikal yang terlibat secara langsung dengan infrastruktur rangkaian atau pengeluaran kandungan digital.
1.3 Peserta hendaklah mendapat kelulusan dan pengesahan daripada ketua jabatan/agensi masing-masing sebelum pendaftaran disahkan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 22/09/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN TEKNOLOGI RANGKAIAN 5G
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: APLIKASI TEKNOLOGI RANGKAIAN 5G
Hari Ke-2 | 23/09/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: RADIO DAN TERAS 5G (5G Core and Radio)
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: RADIO DAN TERAS 5G (5G Core and Radio)
Hari Ke-3 | 24/09/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: SESI PRAKTIKAL DAN DEMO
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: APLIKASI 5G DIDALAM INDUSTRI PENYIARAN (5G BROADCAST )
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PRAKTIKAL & DEMO APLIKASI 5G DIDALAM INDUSTRI PENYIARAN (5G BROADCAST )