Carian Kursus

[ KBA0036 ] Jelajah Bahasa dan Budaya Cina (J2BC) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Jelajah Bahasa dan Budaya Cina (J2BC) merupakan sebuah program yang bertujuan melengkapkan penjawat awam dengan kemahiran komunikasi asas dalam bahasa Mandarin dan kefahaman terhadap budaya masyarakat Cina selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta penyampaian perkhidmatan yang inklusif dan mesra rakyat.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan keupayaan menggunakan ungkapan asas bahasa Cina dalam komunikasi harian dan urusan rasmi.
  2. Memahami nilai dan amalan budaya masyarakat Cina sebagai asas kepada pengukuhan toleransi, hormat dan kepekaan budaya dalam kalangan masyarakat.
  3. Mengenal pasti struktur sosial dan latar sejarah masyarakat Cina bagi memperkukuh kefahaman rentas budaya dan meningkatkan keberkesanan interaksi dalam persekitaran kerja pelbagai etnik.
Syarat Tambahan

Program ini terbuka kepada penjawat awam Malaysia daripada semua gred dan skim perkhidmatan. Tempat terhad. 

Modul/Topik
Hari Pertama | 11/09/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Struktur Sosial dan Nilai Masyarakat Cina
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan Adat Resam dan Amalan Tradisional Masyarakat Cina
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan Bahasa Mandarin
Hari Ke-2 | 12/09/2025 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ungkapan Harian Bahasa Mandarin
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Etiket Meja Makan Cina
: Etiket Meja Makan Cina (Amali)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pertandingan Kuiz