Carian Kursus

[ JDNDA0005 ] Latihan Pemantapan Keselamatan Siber Entiti NCII Sektor Kerajaan (Jabatan Digital Negara) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Latihan Pemantapan Keselamatan Siber Entiti NCII Sektor Kerajaan di bawah Ketua Sektor Kerajaan (Jabatan Digital Negara) dilaksanakan bagi tujuan:

  1. Meningkatkan kefahaman peserta mengenai ketetapan dan pematuhan terhadap Tataamalan Keselamatan Siber NCII Sektor Kerajaan (JDN) di bawah Akta 854 sebagai menjalankan fungsi tugas selaku Ketua Sektor NCII Kerajaan dan entiti NCII yang dilantik; serta

  2. Membolehkan aktiviti pengukuhan dan pemantauan keselamatan siber entiti NCII Sektor Kerajaan (JDN) dilaksanakan bagi tahun 2025-2026.

Objektif Kursus
  1. Memperkasa kefahaman peserta berkaitan peranan dan tanggungjawab Entiti NCII di bawah Akta Keselamatan Siber 2024 [Akta 854]
  2. Menyokong pelaksanaan pematuhan terhadap Akta 854 dan garis panduan keselamatan siber yang ditetapkan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA)
  3. Meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keupayaan tindak balas terhadap insiden keselamatan siber melalui simulasi dan latihan praktikal
  4. Meningkatkan kefahaman bagi pelaksanaan penilaian risiko dan audit keselamatan siber entiti NCII
  5. Memperkasa Penilaian dan Pengurusan Risiko NCII
  6. Pelaksanaan pengujian dan pengukuhan tahap keselamatan siber entiti NCII
  7. Membina budaya keselamatan siber yang mantap dalam kalangan entiti NCII Sektor Kerajaan, dan
  8. Membangunkan kompetensi dan keupayaan modal insan keselamatan siber entiti NCII.
Syarat Tambahan

Penyertaan latihan TERHAD kepada peserta sasaran seperti berikut:

  1. Penyertaan Pengurusan Jabatan Digital Negara (JDN); 

  2. Pegawai-pegawai dari Jabatan Digital Negara (JDN) terdiri daripada

    1. Seksyen Keselamatan NCII Kerajaan (BPG, JDN),

    2. Pasukan Perunding Keselamatan (BPD, JDN) dan

    3. Pasukan ICTSO (BTM, JDN);

  3. Wakil daripada Entiti NCII Sektor Kerajaan (Wakil dari agensi/kementerian): 

  4. Wakil pasukan Audit Pematuhan, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA);

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 27/08/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ucapan Pembukaan dan Perasmian oleh Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara (JDN) selaku Ketua Sektor NCII Kerajaan
: Taklimat Pentadbiran oleh Urus Setia
: Sesi 1: Arahan Ketua Eksekutif No. 8 - Audit Berhubung Keselamatan Siber Bagi Entiti NCII
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi 2: Arahan Ketua Eksekutif No. 5 - Penilaian Risiko Keselamatan Siber;
: Sesi 3: Hands-on penilaian risiko keselamatan siber
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi 4: Technology Update-1: Pengurusan Insiden dan Pengukuhan Keselamatan Siber. 1. Security Operation Centre (SOC) Solution; 2. Pengurusan Insiden Keselamatan Siber; 3. Digital Forensic; 4. Security Posture Assessment (SPA).
Hari Ke-2 | 28/08/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi 5: Technology Update-2: Latihan Keselamatan Siber. Simulasi Cyber Drill Tabletop Exercise (Aktiviti Berkumpulan).
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi 6: Penilaian dan Pematuhan Keselamatan Siber (Pre Checklist, Audit, GAP Analysis)
: Sesi 7: Aktiviti berkumpulan - Penilaian Semasa (As-Is): Keupayaan, Struktur dan Kawalan keselamatan siber entiti NCII selaras dengan keperluan pematuhan terhadap Akta 854
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi 8: Pembentangan Pelan Tindakan Penambahbaikan Keselamatan Siber NCII secara berfasa dan berkeutamaan
: Majlis Penutup: Ucapan Penutup oleh Timbalan Pengarah BPG, Jabatan Digital Negara