1. Pemillihan peserta kursus diutamakan kepada Pegawai yang menguruskan kenderaan jabatan dan juga pemandu.
2. Pemilihan peserta yang lain bedasarkan justifikasi peserta memohon kursus ini.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus.
4. Tempat Penginapan disediakan bagi yang tinggal di luar kawasan Kuching atau Samarahan. Sila klik ruangan PERLU PENGINAPAN dalam permohonan.
5. Makan / minum disediakan untuk pagi dan tengahari. Bagi peserta yang menginap diasrama INSARA, makan malam dan minum pagi DISEDIAKAN pada hari mula berkursus.
6. Peserta digalakkan membawa pakaian sukan untuk aktiviti selepas masa berkursus.
7. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/ puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
8. Peserta diingatkan mematuhi Etika Perkhidmatan Awam sepanjang berkursus dan peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Kepada Pengurusan Kenderaan Kerajaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Pendaftaran Kenderaan Kerajaan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengurusan Pelupusan, Kehilangan dan Hapuskira Kenderaan Kerajaan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pembelian & Penggunaan Bahan Api Kenderaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Pengurusan Buku Log Kenderaan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latih Amal 1 ( Penyelenggaraan Buku Log Kenderaan Kerajaan ) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Penyelenggaraan Kenderaan Dan Pengurusan Kemalangan Kenderaan Kerajaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Contoh-Contoh Penemuan Audit Berkaitan Pengurusan Kenderaan Kerajaan |