Carian Kursus

[ KNA0003 ] Kursus Horizon Baharu KIK [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk menerangkan kepada peserta mengenai pelaksanaan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam sektor awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif.berdasarkan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016.   Selain itu, peserta kursus boleh mengaplikasikan proses dan penggunaan kaedah dan teknik dalam menghasilkan projek KIK.  Dalam masa yang sama, peserta mendapat kemahiran dan pendedahan dalam penyediaan dokumentasi projek di jabatan masing-masing.  Kursus ini dilaksanakan dalam tempoh tiga hari dan ditawarkan kepada penjawat awam Gred 11 hingga 56.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan pelaksanaan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ;
  2. Mengapikasikan proses-proses dan penggunaan kaedah dan teknik dalam penghasilan projek KIK
  3. Memperoleh kemahiran dalam penyediaan dokumentasi projek
Syarat Tambahan

Kursus ini terbuka bagi semua penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi yang berminat untuk memahami keperluan asas perlaksanaan Horizon Baharu KIK. Namun keutamaan diberikan kepada peserta yang telah dilantik oleh jabatan atau agensi samada sebagai penyelaras, fasilitator, ketua atau ahli kumpulan Horizon Baharu KIK. Keutamaan juga diberikan kepada peserta yang belum pernah menghadiri kursus ini.

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran di aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus setelah mengisi permohonan di sistem DTIMS;

4. Tempat penginapan tidak disediakan kepada peserta kursus. 

5. Sejumlah RM30.00 perlulah dibayar oleh peserta sebagai yuran pendaftaran kursus secara dalam talian melalui portal DTIMS (Dashboard Pengguna). Resit rasmi akan dikeluarkan melalui sistem setelah pembayaran selesai dilakukan dan para peserta boleh membuat tuntutan semula daripada Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi masing-masing. Semua bayaran yang telah dibuat dan resit telah dikeluarkan, tiada pulangan balik (refund) yang dibenarkan.

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 10/03/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui HB KIK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui HB KIK
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Perkongsian Pengalaman KIK
Hari Ke-2 | 11/03/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penghasilan Projek : Kaedah dan Teknik Pelaksanaan KIK : Design Thinking (Bankuet 2)
: Penghasilan Projek : Kaedah dan Teknik Pelaksanaan KIK : Design Thinking (Bankuet 1)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penghasilan Projek : Kaedah dan Teknik Pelaksanaan KIK : Design Thinking (Bankuet 2)
: Penghasilan Projek : Kaedah dan Teknik Pelaksanaan KIK : Design Thinking (Bankuet 1)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan Dokumentasi & Mekanisme Penilaian
Hari Ke-3 | 12/03/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Dokumentasi dan Latih Amal
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penyediaan Dokumentasi dan Latih Amal - Sambungan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Dokumentasi & Latih Amal