Carian Kursus

[ ISB0020 ] KURSUS KOMUNIKASI MEDIA SOSIAL [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas komunikasi strategik media sosial, pembinaan mesej dan naratif, penghasilan kandungan digital serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam komunikasi. Peserta turut didedahkan kepada teknik penulisan kandungan, penghasilan visual dan video pendek serta pendekatan pengurusan komunikasi ketika berdepan isu dan krisis.

Objektif Kursus
  1. Memahami konsep dan kepentingan komunikasi strategik dalam pengurusan media sosial.
  2. Mengurus penyampaian komunikasi dengan lebih berkesan ketika berdepan isu, krisis dan maklumat yang tidak tepat.
  3. Menggunakan aplikasi dan teknologi AI sebagai sokongan dalam penghasilan kandungan komunikasi.
  4. Mengaplikasikan teknik penulisan, penghasilan visual dan video pendek dalam penyampaian maklumat.
Syarat Tambahan

TERMA & SYARAT 

Kursus ini terbuka HANYA kepada pegawai dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Status Permohonan

Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.

2. Etika Berpakaian

i. Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang  menghadiri kursus.
ii. Semua peserta juga perlu memakai tanda nama yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi, atau Institusi masing-masing.

3. Permohonan Kursus

i. Peserta perlu memuat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Penyelia ke dashboard akaun pengguna peserta di laman DTIMS sebelum hadir berkursus.

4. Kewajipan Kehadiran

i. Semua peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus.
ii. Peserta dikehendaki bebas daripada sebarang aktiviti lain semasa mengikuti kursus.

5. Peralatan

i. Semua peserta dimohon untuk membawa Laptop atau tablet untuk kegunaan modul pembelajaran dalam kelas.
ii. Smartphone untuk tujuan rakaman dan suntingan video.  

Modul/Topik
Hari Pertama | 20/10/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL 1: Penjajaran Naratif “One-MITI” & Trend Digital 2026
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MODUL 2: Technical-to Tactical & AI Co-Pilot
: MODUL 3 : Bengkel Kandungan Cross Functional (Naratif & Visual Design)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MODUL 4 : Matriks Triage Krisis & Protokoll Escalation Inter-Agensi
: MODUL 5 : Simulasi Pressure-Cooker: Inter-Agency Crisis War Room
: MODUL 6 : Rumusan & Penyerahan ”MITI Cross-Agency Comm Playbook”
Hari Ke-2 | 21/10/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL 1 : Penulisan Kandungan Media Sosial Berimpak Tinggi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MODUL 2 : (Bahagian 1) Penghasilan Visual & Video Pendek
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MODUL 2 : (Bahagian 2) Penyuntingan Video Menggunakan Telefon
: MODUL 3 : Penggunaan AI dalam Penghasilan Kandungan
: Pembentangan Projek