Carian Kursus

[ KNA0002 ] Kursus Pemikiran Kreatif [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dirangka bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran berfikir secara kreatif di kalangan penjawat awam dalam pengurusan organisasi dan membantu dalam penyelesaian masalah.

Objektif Kursus
  1. 1. Meningkatkan keupayaan berfikir secara kreatif di kalangan penjawat awam; 2. Mengenalpasti kaedah yang betul berkenaan maksud kreativiti dan inovasi; dan 3. Melatih kemahiran berfikir di luar kotak di kalangan penjawat awam untuk mencapai sasaran melahirkan penjawat awam yang berkebolehan tinggi dalam pekerjaan dan meningkatkan sistem penyampaian.
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran di aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus setelah mengisi permohonan di sistem DTIMS;

4. Tempat penginapan tidak disediakan kepada peserta kursus. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

5. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 05/04/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA PEMIKIRAN KRITIS, KREATIF DAN INOVATIF
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MEMAHAMI MINDA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MIND PROVOCATION
Hari Ke-2 | 06/04/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: RANDOM INPUT DAN KELUAR DARI KEBIASAAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: BRAINSTORMING DAN SCAMPER
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PEMBENTANGAN KUMPULAN DAN SESI PENILAIAN / PENUTUP