Carian Kursus

[ TZA0016 ] Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan kefahaman berkaitan teori dan amalan protokol serta etiket sosial dalam pengurusan majlis

Objektif Kursus
  1. Mengaplikasikan teori dan prinsip protokol, etiket sosial dan pengurusan majlis dengan betul; dan
  2. Peserta akan lebih yakin untuk berinteraksi dalam situasi majlis formal dan tidak formal.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.
  2. Kelulusan Ketua Jabatan diperolehi oleh peserta semasa borang pengesahan kehadiran DTIMS dimuatnaik.
  3. Peratus kehadiran peserta adalah 80% tanpa gagal.
  4. Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang kursus.
  5. Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan.
  6. Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.20 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  7. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  8. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           
  9. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
  10. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

 

Modul/Topik
Hari Pertama | 07/06/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN & TAKLIMAT KURSUS
: Pengenalan: 20 Elemen Protokol, 15 Elemen Etiket, 16 Elemen Pengurusan Majlis
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengendalian Majlis Rasmi & Penghasilan SOP Jawatankuasa
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Susunan Keutamaan Persekutuan & Susunan Tempat Duduk
Hari Ke-2 | 08/06/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Atur Cara Pentadbiran & Panggilan Hormat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Etiket Sosial & Ketrampilan Diri dalam Majlis
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Peranan Pegawai Protokol, Pegawai Pengiring & Penyambut Tetamu
Hari Ke-3 | 09/06/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Etiket di Meja Makan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengacaraan Majlis Rasmi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan dan Penilaian