Carian Kursus

[ SZA0003 ] Kursus Pemikiran Kreatif [ Siri 2/2021 ]

Sinopsis Kursus

Selaras dengan keperluan semasa di dalam perkhidmatan awam, penekanan kepada strategi dan program berteraskan keberhasilan bagi menjana inovasi dan meningkatkan produktiviti amat dititikberatkan oleh stakeholder. 
Sehubungan itu itu, kursus ini menampilkan inisiatif-inisiatif strategik yang baharu bagi menggalakkan perkongsian ilmu, percambahan idea serta platform bagi menanda aras amalan-amalan terbaik bagi menyemarakkan lagi budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan penjawat awam.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan teori serta konsep pemikiran kreatif dan inovatif
  2. Menyenaraikan Creative Tools yang boleh digunakan untuk menjana idea kreatif dalam pekerjaan
  3. Menerangkan bagaimana Creative Tools digunakan untuk membuat penambah baikan , menyelesaikan masalah serta mencipta perkhidmatan atau produk baharu dalam pekerjaan bagi meningkatkan kecekapan organisasi
  4. Mengaplikasi Creative Tools digunakan untuk membuat penambah baikan , menyelesaikan masalah serta mencipta perkhidmatan atau produk baharu dalam pekerjaan bagi meningkatkan kecekapan organisasi
  5. Mengaplikasi Best Practice yang dipelajari ke arah meningkatkan pembudayaan inovasi organisasi
Syarat Tambahan

Para Peserta diekehendaki mematuhi perkara-perkara berikut:

  • Pastikan para pemohon telah mendaftar sebagai pengguna DTIMS di www.dtims.intan.my dan juga mendaftar bagi menyertai kursus ini
  • Mendaftar masuk setengah jam lebih awal dari masa kursus bermula
  • Para peserta dimohon untuk menggunakan NAMA PENUH untuk akaun Zoom/Google Meet masing-masing bagi memudahkan sesi pendaftaran dan pengesanan peserta
  • Mematuhi masa kursus yang ditetapkan sebagaimana di dalam jadual kursus
  • Peserta WAJIB hadir dalam setiap slot. Ketidakhadiran perlulah dimaklumkan kepada Pengurus Program dengan sebab yang munasabah dan kebenaran. Ketidakhadiran dalam salah satu slot akan menyebabkan secara automatik Penyelia Peserta akan menerima notifikasi ketidakhadiran tersebut secara emel dan boleh menyebabkan peserta tidak menerima sijil kehadiran.
  • Pengurus Program akan memaklumkan kepada penyelia peserta jika didapati peserta tidak hadir dalam slot kursus tanpa pemakluman. Kebenaran tidak hadir dalam mana-mana slot kursus dengan kebenaran tidak akan menyebabkan catatan bahawa para peserta gagal hadir pada keseluruhan kursus.
  • Menetapkan webcam sentiasa dalam mode on semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mode off sekiranya tiada keperluan interaksi. Laluan soal jawab akan diberikan kepada para peserta
  • DILARANG untuk menyebarkan pautan zoom kursus kepada BUKAN PESERTA.
Modul/Topik
Hari Pertama | 27/05/2021 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat & Ice Breaking & Pengenalan kepada Konsep Pemikiran Kreatif
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Creative Tools: Creative Challenge, Alternative Concept Fan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Creative Tools: Mind Provocation & Random Input DAN Rumusan