Kursus ini diadakan dengan tujuan ingin melatih penjawat awam dalam menguruskan diri ketika berhadapan dengan krisis. Melalui kursus ini, peserta dijangka akan dapat meningkatkan kefahaman tentang konsep insiden kritikal, krisis, trauma serta impak psikologi di samping dapat mengaplikasikan kemahiran pengurusan kendiri terhadap risiko dan krisis dengan lebih berkesan.
Kursus ini bersesuaian untuk Pegawai/Pen. Peg. Psikologi, Ahli AKRAB, fasilitator yang mengendalikan sokongan psikologi dan penjawat awam yang berminat untuk mengukuhkan lagi kemahiran pengurusan krisis dari aspek psikologi.
Kursus ini akan dilaksanakan secara BERSEMUKA dengan bahasa perantaraan Bahasa Melayu dan terhad kepada 30 orang peserta sahaja.
*DALAM PERMOHONAN MATA CPD LEMBAGA KAUNSELOR (untuk rujukan Kaunselor Berdaftar sahaja)
1. Peserta diminta untuk memberikan komitmen sepenuhnya dan menghadiri semua slot sehingga tamat.
2. Pengisian kursus akan melibatkan sesi latih amal dan main peranan.
Bermula Mac 2023, TIADA penginapan disediakan kepada peserta memandangkan asrama penginapan INTAN berada di bawah proses penyelenggaraan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | KESIHATAN MENTAL, KRISIS DAN IMPAK BENCANA | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESIHATAN MENTAL & SOKONGAN PSIKOSOSIAL | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PSYCHOLOGICAL FIRST AID |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | KEMAHIRAN ASAS KENDIRI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | KEMAHIRAN MENGURUS EMOSI DAN RELAKSASI | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN DAYA TINDAK |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | SIMULASI PFA I | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | SIMULASI PFA II | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | RUMUSAN DAN PENILAIAN KURSUS |