Kursus Aplikasi Teknologi Lepas Tuai (Pemakanan Ternakan) anjuran Institut Veterinar Malaysia adalah terbuka kepada orang awam yang berumur 18 tahun keatas (penternak dan bakal penternak) bagi meningkatkan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam perkembangan penternakan di samping perkongsian pengalaman dari penceramah yang mempunyai kepakaran dan pengalaman di lapangan.
Kursus ini menekankan konsep dan kepentingan aplikasi lepas tuai pemakanan ternakan terutamanya sumber bahan hijauan. Penerangan berkaitan kepentingan, kaedah pilihan dan juga teknologi terkini akan membantu penternak untuk mencerap idea, memahami konsep penyimpanan makanan yang cekap dan betul selepas penuaian dilakukan. Selain itu, pendedahan tentang teknologi terkini yang boleh serta mampu diaplikasikan dan juga teknologi pintar yang boleh membantu pengusaha dalam menguruskan tanaman dan mengurangkan risiko kerosakan lepas tuai terutamanya dalam penghasilan silaj dan hay. Lawatan ke ladang pengusaha yang berjaya juga akan memberi peluang kepada penternak untuk berkongsi idea dan maklumat terkini perkembangan industri ternakan terutamanya dalam bidang pengurusan pemakanan ternakan. Akhirnya, penternak akan memperoleh idea bagi penghasilan produk makanan ternakan yang boleh dihasilkan selepas penuaian melalui kaedah-kaedah yang diperkenalkan.
Kursus Aplikasi Teknologi Lepas Tuai (Pemakanan Ternakan) dilaksanakan secara bersemuka di Bilik Kuliah Cempaka, Institut Veterinar Malaysia. Namun demikian, terdapat beberapa maklumat tambahan iaitu ;
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | 1. Prinsip Pemakanan Ruminan 2. Aplikasi Teknologi Lepas Tuai (Pemakanan Ruminan): Kepentingan Serta Kaedah Pengendalian | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | 1. Prinsip Pemakanan Ruminan 2. Aplikasi Teknologi Lepas Tuai (Pemakanan Ruminan): Kepentingan Serta Kaedah Pengendalian | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Aplikasi Teknologi Lepas Tuai (Tanaman Hijauan Foder) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Aplikasi Teknologi Lepas Tuai – Penghasilan Silaj dan Aplikasi TMR (Total Mixed Ration) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Aplikasi Teknologi Lepas Tuai – Penghasilan Silaj dan Aplikasi TMR (Total Mixed Ration) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Transformasi Pengurusan Foder dengan Aplikasi Teknologi Dron Pertanian : Revolusi dalam Pembajaan Pintar | |
: | APLIKASI TEKNOLOGI MyFEED DALAM FORMULAISI MAKANAN TERNAKAN |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENGHASILAN MAKANAN TERNAKAN RUMINAN (SILAJ JAGUNG) |