Carian Kursus

[ KCA0120 ] Kursus Pembangunan Bahan Kursus EPSA Menggunakan Ms PowerPoint [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah kursus terbuka dan merupakan kesinambungan dari Kursus Pengenalan Kepada Pembangunan Bahan Kursus EPSA® yang merupakan pra-syarat bagi agensi-agensi yang berhasrat untuk membangunkan bahan kursus EPSA®. Peserta yang berhasrat untuk membangunkan bahan kursus EPSA® bagi agensi digalakkan membawa slide mengajar/bahan kursus masing-masing. Peserta akan diberi bimbingan dan penerangan mengenai pembangunan bahan kursus agar pembangun modul mematuhi Garis Panduan Pembangunan Bahan Kursus EPSA®.

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan garis panduan, proses dan struktur pembangunan bahan kursus EPSA®
  2. Menerangkan elemen multimedia dan reka bentuk teknikal pembangunan bahan kursus EPSA® menggunakan Ms PowerPoint
  3. Mengenal pasti fungsi-fungsi dalam Ms PowerPoint yang digunakan dalam pembangunan bahan kursus EPSA®
  4. Menerangkan tentang penggunaan Ms PowerPoint dan iSpring dalam pembangunan bahan kursus EPSA®
Syarat Tambahan

Terbuka kepada agensi yang berminat untuk membangunkan bahan kursus EPSA®. Keutamaan penyertaan akan diberikan kepada peserta yang telah mengikuti Kursus Pengenalan Kepada Pembangunan Bahan Kursus EPSA® dan mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan Microsoft PowerPoint. Dipohon untuk menyatakan jika pernah mengikuti kursus tersebut dalam permohonan kursus ini.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 20/05/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada Garis Panduan Pembangunan Bahan Kursus EPSA® serta proses dan struktur bahan kursus EPSA®
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: • Proses Pembangunan Bahan Kursus EPSA® • Pematuhan Kepada Reka bentuk Teknikal Bahan Kursus EPSA® • Pengenalan kepada pakej SCORM
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Instructional Design • Concept Design • Hands-on: Converting Lesson Map into Storyboard Content Development • Creating Content using Microsoft PowerPoint • Working with slide master
Hari Ke-2 | 21/05/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembangunan Bahan Kursus Menggunakan Ms PowerPoint. • Header • Text • Graphic • Shapes • Icon • Hands on: Working with text, graphic, Shapes and Button
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembangunan Bahan Kursus Menggunakan Ms PowerPoint • Hyperlinks • Animation / Montage • Do’s and Don’t’s • Hands on: Working with Hyperlinks and Montage
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembangunan Bahan Kursus Menggunakan Ms PowerPoint dan Perisian iSpring • Slide Properties • Manage Narration • Hands On: Voice Over, Music Background and Navigation setting
Hari Ke-3 | 22/05/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembangunan Bahan Kursus Menggunakan Ms PowerPoint dan Perisian iSpring • Quiz • Player
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembangunan Bahan Kursus Menggunakan Ms PowerPoint dan Perisian iSpring • Publishing Content and SCORM Packaging • Hands-on: create your own content
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: • Persembahan Pembangunan Bahan Kursus