Carian Kursus

[ BZA0094 ] Bengkel Literasi Media dan Maklumat dengan Elemen AI [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Bengkel ini direka khas untuk memperkenalkan konsep asas dan aplikasi terkini Artificial Intelligence (AI) dalam konteks pengurusan perpustakaan digital. Melalui pendekatan praktikal dan interaktif, peserta akan memahami bagaimana AI dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat, mempercepatkan tugasan harian, serta mempelajari kemahiran menghasilkan bahan promosi digital dengan lebih kreatif dan pantas.

Dengan penekanan kepada Generative AI, kursus ini membuka ruang kepada petugas perpustakaan untuk meneroka teknologi semasa secara langsung dan aplikatif.

Objektif Kursus
  1. Memperkenalkan konsep asas AI dan kaitannya dengan literasi maklumat dalam era digital.
  2. Meningkatkan kecekapan petugas perpustakaan dalam melaksanakan tugasan harian melalui penggunaan AI.
  3. Memberi latihan praktikal dalam mencipta bahan promosi perpustakaan secara kreatif menggunakan AI.
  4. Membimbing peserta mengenai pengurusan koleksi dan metadata secara pintar dan automatik.
  5. Menyedarkan peserta tentang isu etika, keselamatan data dan cabaran AI dalam pengurusan perpustakaan.
Syarat Tambahan

Kursus terbuka kepada Petugas Perpustakaan sahaja.

Modul/Topik
Hari Pertama | 10/06/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN AI & LITERASI MAKLUMAT DIGITAL- KONSEP ASAS AI DAN IMPAKNYA TERHADAP PENGURUSAN MAKLUMAT (LITERASI MEDIA DALAM ERA DIGITAL)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: ETIKA, KESELAMATAN DATA & CABARAN AI DALAM PERPUSTAKAAN -ISU HAK CIPTA, PRIVASI DAN PERANAN PUSTAKAWAN DALAM ERA AI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: VISUALISASI DATA UNTUK PUSTAKAWAN: MENUKAR MAKLUMAT KEPADA INSIGHT
Hari Ke-2 | 11/06/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: GENERATIVE AI UNTUK TUGASAN HARIAN PERPUSTAKAAN-PENULISAN MINIT, LAPORAN, NOTIS & SINOPSIS DENGAN BANTUAN AI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: LITERASI MAKLUMAT PENGGUNA -AI BANTU PELAJAR & PENYELIDIK MENCARI DAN MENILAI MAKLUMAT GENERATIVE AI UNTUK BAHAN PROMOSI PERPUSTAKAAN (I) REKA POSTER, INFOGRAFIK, KAD PROMOSI DENGAN BANTUAN AI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: GENERATIVE AI UNTUK BAHAN PROMOSI PERPUSTAKAAN (II) CIPTA LAGU DAN VIDEO DENGAN BANTUAN AI