Sub Program Pengurusan Projek, Program Pengajian Dasar Awam, Pengurusan Projek dan Governan akan menganjurkan Kursus Seni Berkebun di Rumah pada 6 dan 7 Mei 2025. Kursus ini adalah terbuka kepada semua penjawat awam.
Para peserta akan didedahkan dengan pelbagai kaedah dan teknik berkebun samada di belakang, di halaman mahupun di dalam rumah. Peserta akan didedahkan dengan bagaimana memilih tanaman yang sesuai untuk di tanam di rumah kita sendiri, membuat baja dan racun secara organik.Peserta juga dapat mengetahui cara menanam pokok sayur-sayuran, umbisi dan buah-buahan. Selain itu, pelbagai teknik baru akan diperkenalkan seperti kitchen garden, keyhole, window garden, microgreen, hidroponic,NFT dan lain-lain. Jom belajar cara-cara Berkebun di Rumah
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan, Teori dan Konsep : Seni Berkebun di Rumah | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Persiapan Berkebun di Rumah : Teknik Penyediaan Baja dan rajun Organik | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Semaian dan Penanaman Menggunakan Kit Pertanian |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Penyediaan Media Tanaman & Penanaman secara Konvensional | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pemasuan Semula, Penanaman Kangkung, Pembuatan Taugeh & Mikrogreen |