Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan berkaitan pengurusan aset Kerajaan. Sepanjang 4 hari berkursus, para peserta akan didedahkan dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang betul dan baik selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan AM 2.0 hingga AM 2.8 bagi memastikan aset Kerajaan dapat diurus dengan lebih bersistematik. Kursus ini turut bertujuan untuk memastikan aset alih kerajaan dapat diurus mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan Sijil Kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;
4. Makan pagi dan tengah hari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM;
5. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;
6. Tempat penginapan sepanjang kursus berlangsung di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;
7. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KURSUS & MALAYSIA MADANI | |
: | AM 2.0 - PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | AM 2.1 - PENDAHULUAN : PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | AM 2.2 & 2.3 - PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN ASET ALIH KERAJAAN |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | AM 2.4 - PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | AM 2.5 - PENYELENGGARAAN ASET ALIH KERAJAAN | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | AM 2.6 - PINDAHAN ASET ALIH KERAJAAN |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | AM 2.7 - PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | AM 2.8 - KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA ASET ALIH KERAJAAN | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | KAJIAN KES |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PEMBENTANGAN KUMPULAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PEMBENTANGAN KUMPULAN | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PENILAIAN PESERTA DAN PENUTUP |