Carian Kursus

[ TZA0056 ] Kursus Profesionalisme Diri Unggul [ Siri 3/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertjuan untuk meningkatkan nilai profesionalisme kakitangan.

Objektif Kursus
  1. Mengaplikasikan tingkah laku yang lebih baik untuk meningkatkan prestasi hasil kerja berkualiti
  2. Mengaplikasikan tugas secara profesional, beretika dan berintegriti dalam satu pasukan berlandaskan nilai-nilai murni
  3. Mengurus emosi dan meningkatkan tahap profesionalisme diri yang unggul
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

  2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

  3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;

  4. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan;

  5. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;

  6. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;

  7. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan

  8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/02/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat peserta
: Tak kenal, tak tahu, siri 1
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Tak kenal, tak tahu siri 2
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Bekerja dengan kecerdasan emosi
Hari Ke-2 | 22/02/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Apakah nilai anda?
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kenali diri, jati diri dan konsep diri
Hari Ke-3 | 23/02/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Membina kebersamaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pekerja sokongan yang profesional dan unggul
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan dan penutup